Kelicikan Arif Aiman Antara Perlu Diberi Perhatian Menjelang Aksi JDT Dan Melaka United

Menjelang aksi saingan Liga Super malan esok yang mempertemukan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Melaka United di Stadium Sultan Ibrahim (SSII), pastinya kedua pasukan tersebut sudah mempersiapkan diri demi meraih tiga mata penuh.

JDT dilihat mempunyai kelebihan tersendiri apabila mereka bakal beraksi di laman sendiri, sekaligus meraih sorakan padu daripada para penyokong yang hadir.

Melaka United pula kali terakhir memperoleh kemenangan pada 26 Julai lalu sewaktu menewaskan Penang, sebelum mengalami kekalahan kepada Sabah dan terikat seri bersama Sri Pahang.

Pada aksi malam esok, dijangka perlawanan bakal tampil dengan sangat sengit kerana JDT pastinya ingin terus mengukuhkan posisi kedudukan teratas carta liga.

Manakala Melaka United pula, mereka pastinya mengimpikan sekurangnya seri untuk di gelanggang lawan untuk mengelak dari keciciran mata lagi.

Ini tiga pemain yang dijangka bakal mencuri tumpuan pada aksi malam esok untuk memberi impak kepada pasukan masing-masing.

Arif Aiman Hanapi

Pemain muda ini mencatat rekod yang sangat memberansangkan musim ini bersama JDT menerusi jumlah jaringan dan bantuan gol.

Beraksi sebagai pemain sayap, Arif Aiman berjaya menyumbang sesuatu yang sangat diperlukan kelab dari segi kepantasan, kreativiti, serta ketajaman di hadapan gol.

Keupayaan permata baharu negara ini juga jelas terbukti di peringkat antarabangsa apabila beliau turut mencuri perhatian pemerhati bola sepak luar negara.

Bergson da Silva

Memasuki musim kedua bersama JDT, ledakan berbisa Bergson jelas semakin meningkat apabila ketika ini beliau menjadi penjaring terbanyak dalam saingan Liga Super.

Kelebihan Bergson terarah kepada naluri beliau yang sentiasa tepat untuk mencuri peluang meledak gol serta konsisten dalam setiap perlawanan.

Aspek kekuatan fizikal, sentiasa berada di kedudukan tepat untuk menerima umpanan, serta daya rembatan deras beliau menjadikan Bergson sebagai penyerang serba lengkap dalam negara ketika ini.

Sony Norde

Pemain kebangsaan Haiti ini boleh dikatakan sebagai antara pemain import paling berkualiti ketika ini dimiliki oleh Melaka United.

Pemain beraksi di bahagian serangan ini sentiasa mencuri tumpuan menerusi kelicikan beliau menewaskan pertahanan lawan menerusi larian deras dan kualiti kawalan bola yang amat baik.

Selain itu, Sony juga memiliki visi yang sangat bagus untuk mencipta hantaran berbahaya dalam petak penalti dan memiliki sikap kepimpinan yang bagus buat pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN