Kelibatnya Di Sesi Latihan Pahang, Gopi Rizqi Bakal Kembali Perkuatkan Tok Gajah?

Gopi Rizqi pahang 2020 latihan

Pahang antara kuasa besar bola sepak Malaysia, selain Perak yang masih sunyi daripada berita musim baharu. Tidak dapat dipastikan sama ada mereka sedang menunggu satu masa yang sesuai untuk menyelesaikan segalanya dalam satu majlis yang bersesuaian.

Begitupun, ia mengundang resah segelintir penyokong sama ada pasukan serius untuk mengharungi musim baharu Liga Malaysia yang dijangka akan menyingkap tirainya pada 28 Februari depan.

Dengan ghairahnya Selangor, Kedah dan Terengganu membentuk skuad mantap musim depan, Kem Tok Gajah masih dilihat ‘tenang’.

Pada 30 Disember,, Pahang telah memuat naik beberapa keping gambar sesi latihan yang telah diadakan di Padang Taman Gelora dan kelihatan kelibat pemain yang cukup sinonim dengan Pahang.

Selepas empat tahun berkelana di luar, Gopi Rizqi ataupun nama asalnya R. Gopinathan telah dilihat kembali ke negeri kelahirannya, namun tiada pengumuman rasmi daripada Pahang setakat ini.

Pada musim lalu, Gopi Rizqi telah beraksi bersama PDRM selepas melalui dua musim yang mengecewakan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), akibat lebih banyak ‘dibekukan’ di bangku simpanan.

Bersama The Cops, Gopi Rizqi telah membantu skuad tersebut untuk meraih promosi ke Liga Super musim hadapan dengan menduduki tempat ke-3 di belakang JDT II yang tidak dinaikkan pangkat kerana merupakan pasukan berstatus ‘feeder club’.

Pada Oktober lalu, Gopi Rizqi telah sah memeluk Islam di Pejabat Majlis Agama Islam Pahang dan dijangkakan akan melangsungkan perkahwinan bersama gadis pilihannya dalam masa terdekat.

Selain Gopi Rizqi, Pahang melalui perkongsian gambar dilihat telah mendapatkan bekas penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee dan juga bekas penjaga gol skuad Piala Presiden Pahang, Daniel Wafiuddin untuk menggantikan dua penjaga gol yang dilepaskan.

Pahang tidak mengekalkan Remezey Che Ros dan Wafieyuddin Shamsudin, malah turut melepaskan beberapa tonggak lain musim lalu seperti penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha, Lazarus Kaimbi, Safuwan Baharudin dan Saddil Ramdani.

Sementara itu, turut kelihatan tiga pemain skuad kebangsaan iaitu Matthew Davies, Mohamadou Sumareh dan juga Nor Azam Azih yang melapor diri setelah diberi cuti selama hampir tiga minggu.

Kredit Foto: Pahang FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN