Kelibat Yuki Tanigawa Mampu Beri Impak Besar Seterusnya Buat Harimau Malaya?

Tonggak import Kuching City, Yuki Tanigawa boleh dianggap sebagai calon seterusnya untuk mendapat status sebagai pemain naturalisasi buat pasukan kebangsaan pada masa hadapan.

Pada usia masih muda iaitu 26 tahun, kelibat Tanigawa dianggap mampu memberi sumbangan besar dengan jangka masa lebih panjang buat pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa suatu hari nanti.

Tanigawa sebelum itu sah dilanjutkan kontrak jangka masa panjang bersama Kuching City selama dua musim lagi selepas pasukan tersebut mengumumkannya secara rasmi semalam.

“2 tahun kontrak untuk pengantin baru. Yuki baru sahaja menandatangani kontrak baharu selama 2 tahun sehingga 2025 bersama Kuching City FC.

“Semoga sentiasa berada dalam prestasi yang terbaik untuk Liga Super musim 2024/25,” jelas kenyataan tersebut menerusi media sosial rasmi mereka sebelum itu.

Kehadiran pemain dari Jepun itu sebagai calon naturalisasi seterusnya buat Harimau Malaya merupakan suatu elemen positif terutama sekali daripada kualiti dimiliki Tanigawa.

Bersama Kuching City, pemain berusia 26 tahun itu memiliki versatiliti untuk beraksi di beberapa posisi mengikut percaturan taktikal diterapkan oleh jurulatih kelab berkenaan.

Dominan selaku pertahanan tengah, Tanigawa juga boleh beraksi dengan begitu baik selaku pemain tengah bertahan serta perancang utama buat pasukan diwakili.

Kelebihan Tanigawa pastinya daripada segi bacaan bola beliau yang tepat untuk menghentikan setiap gerakan cuba dicipta serangan lawan, selain pakar dalam pertarungan di udara.

Jika Tanigawa sah menjadi pemain naturalisasi seterusnya buat Malaysia, ini pasti akan memberi lebih banyak pilihan buat Kim Pan-gon di posisi tengah negara.

Sebelum ini, Romel Morales sah menjadi pemain naturalisasi seterusnya buat skuad kebangsaan, dan kini sudah pun bersama para pemain lain untuk menyertai kem latihan pusat di wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Untuk panggilan kebangsaan kali ini, tiga pemain termasuk Morales dipanggil untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan bagi menghadapi persaingan Piala Asia 2023 tidak lama lagi.

Selain Tanigawa, dijangka Argzim Redzovic yang kini bersama Terengganu juga bakal menjadi pemain naturalisasi seterusnya buat Terengganu serta mungkin terpilih mewakili skuad kebangsaan tidak lama lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN