Kelibat Pemain Dari Eropah Bakal Beri Faedah Buat Harimau Malaya

Nampaknya skuad Harimau Malaya dilihat akan terus memperkukuhkan persiapan mereka pada masa akan datang menerusi kehadiran ramai muka-muka baharu untuk menyertai kem latihan kebangsaan.

Seperti diketahui ramai, Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memainkan peranan cukup besar kini untuk membantu skuad kebangsaan menjadi lebih baik menerusi sebuah gerakan revolusi.

Beberapa persiapan sebelum itu sudah dilakukan oleh baginda dengan kehadiran jurulatih baharu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, serta Ketua Prestasi Tinggi & Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan.

Kehadiran muka-muka baharu ini sedikit sebanyak kembali menghidupkan harapan para peminat bola sepak Malaysia yang ingin melihat pasukan kebangsaan kembali meningkat di pentas antarabangsa.

Selain itu, perkara paling dinanti-nantikan peminat sudah tentu terarah kepada pemain warisan baharu yang bakal diperkenalkan oleh Tunku Ismail bersama pasukannya buat Harimau Malaya.

Berkat usaha baginda, laporan terbaharu menyatakan enam hingga tujuh pemain warisan telah dikenal pasti serta bakal diperkenalkan kelak selain Tunku Ismail sendiri berharap mereka dapat didaftarkan secepat mungkin.

“Kami telah mengenalpasti 6-7 pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya. Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini. Mustahak Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif,” jelas kenyataan baginda di media sosial X.

Persoalan bermain di minda peminat kini mengenai latar belakang calon pemain warisan baharu serta posisi bakal dimainkan mereka untuk Harimau Malaya.

Tidak lokek dengan permintaan peminat, Tunku Ismail tampil menjawab di media sosial X dengan menerangkan tentang serba sedikit calon pemain warisan Malaysia yang mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Menurut perkongsian daripada Tunku Ismail, calon pemain warisan baharu itu bakal beraksi di posisi pertahanan tengah, pertahanan kiri, penyerang, tengah serangan, serta sayap kiri.

Malah, tiada calon pemain warisan dari England seperti pernah digembar gemburkan dalam kalangan peminat di media sosial dan mereka beraksi di Eropah Selatan selain kebanyakan bermain di pentas tertinggi.

“Center back, left back, striker, center mid and attacking mid, left wing. Majority playing in top league di europe. No one from England. Mostly Southern Europe,” terang baginda lagi.

Pada pandangan kami di Semuanya BOLA, ianya merupakan suatu inisiatif cukup bagus dilakukan oleh baginda tatkala misi Malaysia ingin mara ke pentas lebih tinggi.

Kehadiran pemain-pemain berprofil tinggi sedikit sebanyak juga mampu membentuk pemain tempatan lain selepas ini untuk meningkatkan lagi kualiti mereka di atas padang.

Lihat sahaja pembentukan Arif Aiman bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila beliau dikelilingi oleh pemain berkualiti yang berjaya meningkatkan kualiti beliau dan terus berkembang selaku bintang Malaysia paling berjaya di pentas domestik serta Asia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN