Kelibat Khuzaimi Piee & Syafiq Ahmad Kini Diintai Kedah Untuk Musim Depan

Slot: 'We will play three finals' Loading official content
Slot: 'We will play three finals'
Arne Slot said he wanted to convince the players and fans that they would play three finals in the coming week, against Southampton in the league, the second leg of the Champions League against Paris Saint-Germain and the Carabao Cup final against Newcastle.
0 seconds of 43 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:43
00:43
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Leipzig players prepare for Freiburg clash in training camp Brace from Kane as Bayern celebrate 3-0 UCL win in front of the fans Neymar called up for World Cup qualifiers against Colombia and Argentina Amorim claims Zirkzee deserved the goal at Real Sociedad Funny own-goal gives Chivas the lead in Mexico Clasico against América Postecoglou: 'A disappointing night at AZ Alkmaar' Hurzeler's speech after beating Newcastle: 'Stay Humble' Lizbeth Ovalle scores astonishing 'inverted scorpion' goal for Tigres Women Salah shows his class on the volley Lihat lebih video Liverpool FC di OneFootball

Kelibat pertahanan Selangor, Khuzaimi Piee dan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) Syafiq Ahmad ketika ini dilaporkan berada bawah pemantauan Kedah Darul Aman (Kedah) untuk musim hadapan.

Perkara itu dinyatakan sendiri menerusi wartawan sukan, T. Avineshwaran di laman X beliau sebelum itu dengan menyatakan kedua pemain ini berada bawah pemantauan Kedah.

Untuk rekod, Syafiq pernah menyarung kembali jersi Kedah pada awal musim lalu dengan status pinjaman ketika berada bawah kendalian bekas pengendali, Aidil Sharin Sahak.

Prestasi Syafiq ketika itu boleh dianggap sangat menyakinkan selepas beliau berjaya meledak beberapa gol penting untuk membantu Sang Kenari mendapat keputusan positif.

Malah, Syafiq juga memainkan peranan cukup penting di posisi serangan menerusi kualiti dimiliki beliau untuk mencipta gandingan sempurna bersama bekas pemain import pasukan tersebut, Ronald Ngah Wanja.

Walaupun begitu, atas beberapa faktor menyaksikan pemain itu tidak kekal lama sehingga ke penghujung musim, selepas beliau kembali bersama JDT dan kekal sehingga kini.

Rekod menyaksikan Syafiq masih lagi mempunyai baki kontrak bersama JDT, dan musim ini penyerang kelahiran Sungai Ara, Pulau Pinang itu turut mencipta beberapa gol penting bersama Harimau Selatan.

Persoalannya kini, adakah Kedah bakal menebus kontrak penyerang tersebut atau menginginkan Syafiq atas dasar pinjaman selama satu musim untuk berada bawah kendalian Nafuzi Zain.

Pada masa sama, pertahanan kental iaitu Khuzaimi Piee juga kini turut diintai peluang untuk ditandatangani Kedah pada saingan musim hadapan.

Khuzaimi yang jarang diturunkan pada musim ini atas faktor kecederaan dianggap sebagai pengganti cukup tepat untuk Kedah selepas mereka kehilangan khidmat Rodney Celvin Akwensivie.

Walaupun tidak banyak beraksi pada musim ini, secara keseluruhan prestasi Khuzaimi masih berada pada tahap menyakinkan dan pengalaman luas beliau sudah tentu ditagih untuk memperkukuhkan posisi pertahanan Sang Kenari.

Apapun, sehingga kini masih belum ada laporan terbaharu untuk melihat sejauh mana kebenaran dua pemain dikaitkan bersama Kedah untuk musim hadapan.

Apapun, ia merupakan suatu pembelian cukup positif buat Kedah jika mereka berjaya mendapatkan dua pemain berprofil tinggi ini untuk saingan hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN