Kelibat Ivan Mamut Bakal Hangatkan Kembali Saingan Liga M

Kelibat penyerang import berbisa iaitu Ivan Mamut dilaporkan bakal kembali menghangatkan saingan Liga Malaysia bersama Terengganu setelah menyepi sekian lama.

Terdahulu, Mamut terpaksa melupakan tahun 2024 dalam dunia bola sepak profesional selepas beliau diketepikan akibat kecederaan dialami sehingga ia dianggap memberi kesan kepada persiapan Sang Penyu.

Tanpa penyerang dari Croatia itu, Sang Penyu dilihat lebih banyak bergantung harap kepada pemain dari Nigeria iaitu Ismaheel Akinade serta Nnabuike Chukwu untuk aksi domestik serta kejohanan ACC Shopee Cup.

Malah, Terengganu terpaksa menandatangani seorang lagi penyerang import baharu iaitu Nelson Bonilla untuk terus memperkukuhkan posisi serangan kelab tersebut sementara menanti kehadiran semula Mamut.

Menerusi laporan lalu, pengendali utama Sang Penyu iaitu Badrul Afzan Razali beliau sendiri masih belum mengetahui status sebenar penyerang dari Croatia setelah beliau menjalani pembedahan di luar negara.

Bagaimana Status Terkini Ivan Mamut Bersama Terengganu?

“Setakat ini kami belum tahu lagi status terkini pemain import itu (Mamut) bila dia akan bersama TFC selepas selesai menjalani pembedahan di luar negara.

“Ini kerana pemain itu sedang menjalani proses pemulihan di negaranya, jadi saya tidak pasti sama ada dia dapat beraksi menentang kelab Myanmar bulan depan atau sebaliknya.

“Harap peminat dapat menunggu makluman rasmi daripada pihak pengurusan, jika pemain itu dapat beraksi ia sudah pasti melegakan kami berdepan kelab itu nanti,” ujar beliau kepada Harian Metro.

Namun laporan terbaharu diterima menyaksikan Mamut bakal mewarnai kembali saingan Liga M seawal Januari 2025 untuk menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan lain.

“Jika tiada halangan, saya akan kembali ke Terengganu pada 10 Januari 2025 sebelum bersama rakan sepasukan menjalani latihan.

“Lagipun sekarang tahap kecederaan saya sudah baik, tapi saya tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana perlu membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu dengan pegawai perubatan di Terengganu sebelum boleh beraksi.

“Namun sebenarnya saya sudah tidak sabar lagi untuk membuat penampilan pertama bersama TFC pada musim ini lebih-lebih lagi hampir setahun tidak beraksi kerana cedera.

“Ini sejarah buruk pertama sepanjang karier saya sebagai pemain bola sepak, harap situasi sama tidak berulang lagi selepas ini.

“Kepada peminat setia TFC, sekiranya diberi peluang barisan kejurulatihan, saya akan peragakan aksi terbaik sebagaimana sebelum ini untuk membantu pasukan dalam mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala Shopee,” kata Mamut menerusi laporan Harian Metro.

Saingan musim lalu menyaksikan Mamut telah meledak 23 gol bersama 1 bantuan jaringan daripada 35 penampilan secara keseluruhan termasuk di pentas AFC bersama Sang Penyu.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN