Terengganu bakal melayan kunjungan wakil kelab dari Indonesia hari ini iaitu PSM Makassar untuk mengharungi perlawanan seterusnya bagi saingan ACC Shopee Cup di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).
Selepas tampil dengan kemenangan besar mengatasi Shan United (Myanmar) menerusi keputusan 5-0 lalu, peluang buat skuad kendalian Badrul Afzan Razali untuk mara ke pusingan seterusnya masih lagi cerah.
⚪️⚫️ ACC SHOPEE CUP 24/25 #GroupA ⚫️⚪️
Terengganu FC vs PSM Makassar FC
🗓 22 Januari 2025
🕰 9.00 Malam
🏟 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
#Shopeecup#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/j6tPCRzl26— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 21, 2025
Walaupun begitu, Sang Penyu tidak lagi boleh mencatat sebarang kekalahan dan perlu meraih keputusan positif pada aksi berdepan wakil dari Indonesia tersebut.
Beraksi di halaman sendiri malam ini, Terengganu dijangka bakal memberi segalanya terbaik terutama sekali menerusi gandingan pemain tempatan mereka bersama import.
Namun, cabaran daripada pelawat juga tidak boleh dipandang remeh kerana mereka juga hadir dengan misi tersendiri untuk meraih kejayaan di gelanggang pasukan tuan rumah.
Bersama beberapa pemain berkualiti, di sini kami dari Semuanya BOLA menyenaraikan tiga tonggak mereka yang perlu diberi perhatian khusus terutama membabitkan pertahanan Sang Penyu.
Daisuke Sakai
Pemain sayap kanan PSM Makassar ini mempunyai kualiti cukup baik daripada segi kelincahan beliau mengawal beliau selain kreatif mencipta serangan buat rakan sepasukan.
🇯🇵⚽ Daisuke Sakai 🔥#EwakoPSM #PSMDAY #PSM109 #UnwaveringSpirit #BALIvPSM #BRILiga1 pic.twitter.com/YdlLTcbMQ1
— PSM Makassar (@PSM_Makassar) December 7, 2024
Musim ini menyaksikan pemain dari Jepun itu sudah meledak tiga gol serta satu bantuan jaringan daripada 16 perlawanan diharungi beliau termasuk saingan ACC Shopee Cup.
Selain itu, Daisuke juga bijak memberi tekanan buat pertahanan lawan serta mempunyai kepakaran mendapatkan gol daripada pelbagai sudut sukar untuk menghadirkan ancaman besar kepada pasukan lawan.
Nermin Haljeta
Setakat ini, Haljeta tampil selaku penjaring terbanyak semasa buat pasukan tersebut selain turut meledak beberapa gol di pentas ACC Shope Cup 2024/2025.
Selepas mengharungi 18 perlawanan bersama PSM Makassar, penyerang dari Slovenia ini sudah meledak lapan gol secara keseluruhan serta menampilkan aksi cukup baik.
Nermin Haljeta serves up a cheeky chip! 🍟#ShopeeCup#ASEANUtdFC pic.twitter.com/NnrJyCa2CY
— ASEAN United FC (@aseanutdfc) January 8, 2025
Dijangka Haljeta akan terus menjadi pertaruhan utama malam ini selepas momentum positif ditampilkan beliau di saingan utama Indonesia serta kejohanan ACC Shopee Cup.
Aloisio Neto
Pertahanan kental dari Brazil ini bukan sahaja diakui memiliki keupayaan cukup baik untuk menghentikan serangan lawan, malah beliau juga mempunyai kualiti cukup baik untuk meledak gol.
Bem vindo ao clube, Aloísio Soares Neto!
Defensor berkebangsaan Brazil telah merampungkan kepindahannya ke Laskar Pinisi.
Mari berlayar bersama untuk taklukkan ombak! Ewako Aloísio! 🤝🇧🇷#EwakoPSM pic.twitter.com/ha7F5tkXRj
— PSM Makassar (@PSM_Makassar) July 4, 2024
Bersama PSM Makassar musim ini, Neto sudah pun meledak lima gol bersama satu bantuan jaringan secara keseluruhan daripada 25 perlawanan diharungi.
Neto juga sudah pun membuka satu akaun jaringan ketika membantu PSM Makassar meraih kemenangan 4-3 mengatasi cabaran Shan United sebelum itu.