Kelibat Akhyar & Safawi Mampu Jadi Mimpi Ngeri Buat Penang

Pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid bersama Safawi Rasid dijangka bakal memainkan peranan penting pada aksi kedua Liga Super musim 2024/2025 malam ini membabitkan pertemuan antara Terengganu menentang Penang.

Terengganu bakal beraksi di gelanggang lawan malam ini dalam misi mereka untuk cuba mendapatkan kemenangan kedua, selepas tampil cemerlang sebelum itu mengatasi cabaran Perak.

Bawah kendalian Tomislav Steinbruckner, beberapa rombakan telah dibuat jurulatih tersebut, termasuk menandatangani khidmat Akhyar bersama Safawi dengan status pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Akhyar yang sebelum ini terpaksa berehat seketika kerana mengalami kecederaan akibat serangan jenayah, dilaporkan sudah pun turun dalam sesi latihan sejak beberapa hari lalu bersama rakan sepasukan lain.

Pastinya perkembangan pemain ini menjadi perhatian ramai kerana beliau sudah mempamerkan kualiti cukup baik ketika aksi pramusim lalu di posisi sayap.

Malah, prestasi Safawi yang sebelum ini dilihat menurun secara perlahan-lahan kembali memainkan peranan cukup penting buat Sang Penyu menerusi kelincahan serta kreativiti beliau menjana serangan.

Jika kedua pemain tersebut berada pada momentum terbaik pada perlawanan ini, pastinya ia bakal memberi mimpi cukup ngeri buat Penang untuk mencari kemenangan sulung.

Walaupun begitu, Penang juga tidak boleh dipandang ringan kerana rombakan dibuat mereka juga kini menyaksikan beberapa muka baharu berkualiti mampu mencipta elemen kejutan kepada Terengganu.

Bawah kendalian Akmal Rizal Rakhli, disiplin permainan serta penggunaan ramai pemain muda menjadi pertaruhan beliau untuk persaingan musim ini.

Apatah lagi mereka turut diperkuatkan dengan pemain import berkualiti dari Brazil seperti Rodrigo Dias yang sebelum ini pernah menyerlah di Vietnam mampu meningkatkan kualiti serangan mereka.

Lebih menarik, kelibat pemain pinjaman Selangor iaitu Richmond Ankrah juga mampu untuk menyekat peluang Terengganu memperoleh jaringan pada aksi tersebut, selepas kualiti permainan ditampilkan beliau pada aksi lalu.

Kesimpulannya, Akhyar dan Safawi mampu menjadi ancaman besar buat Terengganu menerusi reputasi mereka sepanjang aksi pramusim ini di posisi serangan.

Namun, Penang berpeluang melakar kejutan untuk menundukkan Terengganu jika prestasi para pemain mereka berada pada tahap terbaik, apatah lagi pasukan tersebut berkelebihan beraksi di laman sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN