‘Kelemahan Kawal Perlawanan’ – Ini Komentar Subkhiddin Salleh Tentang ‘Advantage’ Yang Diabaikan Pengadil

Subkhiddin Salleh insiden pengadil Kelantan JDT II Liga Premier 'advantage'

Selain isu tambahan masa 13 minit dalam perlawanan tertunda minggu ke-10 Liga Premier antara Kelantan FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) II, terdapat juga isu tentang pengadil yang abaikan ‘advantage’ buat Kelantan.

Perlawanan terhenti selama lebih 10 minit disebabkan penyerang Kelantan, Kervens Belfort terjatuh ketika cuba mendapatkan bola. Bola yang disentuhnya tiba ke kaki Syed Sobri yang pantas melakukan serangan balas.

Dan Syed Sobri dilihat berjaya melepasi pertahanan terakhir pelawat dan menuju ke gawang mereka. Saat ini, pengadil perlawanan, Nasruddin Tamrin telah meniup wisel untuk menghentikan perlawanan tersebut. Ini yang telah membuatkan seluruh stadium dan barisan kejurulatihan The Red Warriors ‘meletup’, salahkan pengadil.

Adakah pengadil melakukan kesalahan?

Adakah pengadil berada di pihak yang salah? Emosi penyokong dan barisan kejurulatihan tentunya mengatakan pengadil telah sengaja menghentikan perlawanan. Mereka sudah merasa tekanan sejak awal perlawanan lagi.

Selepas layangan kad merah kepada pemain tengah, Jasmir Mehat di minit ke-36, Kelantan beraksi dengan 10 pemain hampir sejam. Untuk menyaingi JDT yang dibarisi pemain bintang, tentunya ia sesuatu yang sukar.

Perlawanan turut dihiasi dengan terjahan dan hadangan keras – umpama pertemuan derbi yang hangat.

Jika dilihat, majoriti pengikut Liga Malaysia (Liga M) mengatakan pengadil wajar memberikan ‘advantage’ kepada Kelantan dalam situasi tersebut. Mereka berpeluang mendapatkan sesuatu dalam situasi tersebut.

Rujukan pertama: Buku ‘Laws of The Game’ oleh IFAB

Ini yang tertulis dalam buku ‘Laws of the Game’ oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB).

Kuasa dan tugas : Kecederaan

“Meneruskan permainan hingga bola di luar permainan bagi kecederaan ringan. Hentikan permainan jika pemain cedera parah dan pastikan pemain dibawa keluar dari padang permainan”

IFAB LAW 5 : THE REFEREE

Nasruddin Tamrin telah menghentikan perlawanan ketika Syed Sobri dilihat memiliki peluang untuk meledak gol kedua Kelantan. Beliau telah berjaya melepasi kawalan seorang pertahanan pelawat dan sedang menuju ke gawang mereka. Hanya seorang pertahanan dilihat ‘sayup-sayup’ cuba mengejar untuk menghalangnya.

Ramai yang mengatakan, kenapa pengadil tidak meniup lebih awal, ketika Belfort jatuh dihadang lawan?

Apa yang berlaku kepada Belfort pada minit ke-72?

Penyerang tuan rumah, Belfort telah jatuh ketika sedang bersaing dengan pertahanan JDT untuk mendapatkan bola yang dilambung oleh pertahanan mereka menerusi satu serangan balas. Belfort jatuh dan tidak bangun.

Belfort akhirnya terpaksa diusung keluar dan seterusnya telah dibawa menaiki ambulans untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera. Ketika ini, stadium sedang gamat dengan amarah penyokong.

Sejurus perlawanan, pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan panggilan ZamSaham telah dilihat memuat naik makluman tentang status kecederaan Belfort yang mungkin memerlukan pembedahan. Titip ZamSaham di laman sosialnya, “Belfort masih di sepital. Mungkin kena operate. Ada yang patah.”

Liga Premier: Kem Kelantan Kini Berdepan Masalah Kecederaan Pemain

Jadi, terang lagi bersuluh, kecederaan yang dialami Belfort adalah serius dan tindakan pengadil tepat merujuk kepada buku ‘Law of the Game’ yang dibincangkan sebentar tadi. Pengadil boleh hentikan perlawanan. Cuma yang menjadikan persoalan, bagaimana pula dengan peluang keemasan yang dimiliki oleh Syed Sobri?

Rujukan kedua: Subkhiddin Salleh

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh telah diminta mengulas mengenai perkara ini di Twitter dan jawapannya boleh kita jadikan panduan ketika ini.

Beliau terlebih dahulu mengatakan sepatutnya pengadil perlawanan memberikan ‘advantage’ kepada Kelantan.

“Pengadil seharusnya meneruskan permainan, ‘advantage’ yang sangat baik jelas dapat dilihat dan perlu dilaksanakan untuk pasukan penyerang supaya mereka dapat meneruskan pergerakan serangan.”

Jadi, ia berbalik kepada kita yang melihat perlawanan dan juga pengadil yang menguruskan perlawanan. Adakah pengadil telah uruskan perlawanan dengan baik? Pengadil yang berpengalaman mampu menguruskan satu-satu perlawanan menjadikan ia satu perlawanan yang berkualiti untuk dinikmati oleh para penyokong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN