Kelebihan Dan Kekurangan Bintang Baru Arsenal Ben White

Ketika mata peminat semua tertumpu ke aksi kejohanan Euro 2020 dan Copa America pada awal bulan ini, Arsenal memberi sepenuh perhatian mereka kepada penandatanganan terbaru kelab.

Gunners telah bersetuju untuk menandatangani Ben White dari Brighton dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai £50 juta.

Menurut laporan dari media UK, Arsenal telah bersetuju dengan segala terma dan syarat untuk mendapatkan khidmat pemain centre-back itu, dan White dijangka akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik beliau pulang dari percutian pendeknya ke Greece.

Tidak seperti penandatanganan sebelum ini, Arsenal kali ini dilihat lebih tegas dalam usaha mereka untuk mendapatkan pemain baru dengan bertindak lebih cekap.

Gunners sememangnya terdesak untuk mendapatkan khidmat pemain centre-back memandangkan David Luiz akan meninggalkan kelab selepas kontraknya tamat.

William Saliba pula akan sekali lagi dihantar ke Marseille sebagai pemain berstatus pinjaman, maka ia jelas skuad kendalian Mikel Arteta perlu mendapatkan pemain di posisi centre-back.

Segelintir penyokong Arsenal telah mempertikaikan nilai £50 juta yang pihak kelab akan bayar kepada Brighton untuk mendapatkan Ben White.

Bagi mereka, nilai tersebut adalah lebih baik jika digunakan untuk mendapatkan beberapa pemain berbanding untuk hanya menandatangani bintang berusia 23 tahun itu sahaja.

Namun begitu, adakah nilai tersebut berbaloi untuk Arsenal bayar?

Berikut merupakan sedikit analisis berdasarkan statistik dari Squawka tentang kelebihan dan kekurangan Ben White, dan apa faedahnya tentang penandatanganan ini kepada kelab dalam saingan Premier League.

Kekuatan

Boleh bermain dengan membawa bola dari belakang

Dalam dunia bola sepak modern ini, pemain centre-back perlu melakukan pelbagai hal dan bukan hanya menumpukan kepada bertahan semata-mata.

Salah satu fungsi mereka untuk pasukan adalah tentang bagaimana mereka menggerakkan bola, terutama ketika ‘build up’ serangan dari bawah.

Dengan kebanyakan pasukan juga pada ketika ini bermain dengan memulakan ‘build up’ dari bawah, memilih pemain yang tenang dengan bola adalah sangat penting.

Arsenal jelas sangat terdesak untuk mendapatkan khidmat pemain centre-back yang mempunyai ciri-ciri tersebut dengan mereka tidak ada ‘ball-playing’ centre-back dalam skuad ketika ini.

Statistik hantaran tepat dan take-ons

Ketika kewujudan David Luiz musim lalu, Arsenal mempunyai pemain yang sangat tenang dalam mengawal bola, mempunyai keyakinan dalam kemampuan beliau membuat hantaran dari belakang.

Luiz juga kerap naik ke atas untuk merencana serangan dan dengan ketiadaan beliau pada ketika ini, Arsenal jelas tidak mempunyai kualiti itu sehinggalah mereka menandatangani Ben White.

Dalam saingan Premier League musim lalu, White secara puratanya telah melengkapkan 49.23 hantaran dari 90 minit permainan dan melakukan 40.94 hantaran tepat.

Statistik tersebut meletakkan beliau dikedudukan ke-50 dan 48 antara pemain centre-back yang bermain setidak-tidaknya 660 minit dalam saingan Premier League.

Bahkan jika dibandingkan dengan hantaran lengkap yang berjaya dilakukan oleh Rob Holding (55.17 hantaran dalam 90 minit), Gabriel (59.89) dan David Luiz (53.7) untuk Arsenal pada musim lalu.

White dilihat tidak sehebat mereka atas dasar sistem dan corak permainan pasukan dengan Arsenal melengkapkan 20,126 hantaran, sementara Brighton hanya melengkapkan 18,185 hantaran sahaja pada musim lalu.

Statistik hantaran

Apa yang lebih membanggakan tentang White adalah, hantaran tepat yang berjaya beliau lakukan ke arah ‘final third’, yang mana secara puratanya 6.65 dalam tempoh 90 minit dalam saingan Premier League.

Dengan adanya White di dalam skuad, Arsenal boleh menggunakan pemain yang dapat menembusi pertahanan lawan, dari bahagian bawah.

Jika pemain di posisi serangan mempunyai kreativiti yang menarik, maka jentera serangan Arsenal akan jadi lebih tajam dan menggerunkan pada musim hadapan.

White juga boleh membawa bola dari bawah dengan kemahiran kakinya, dengan beliau berkemampuan untuk berperanan sama seperti Harry Maguire di Old Trafford.

Jika Arsenal mengasak dan bermain ‘high line’, yang mana ia mungkin akan berlaku kerana mereka mempunyai kemampuan untuk menyerap asakan dari kawasan sendiri dengan pemain sedia ada, White boleh digunakan dek kerana beliau mempunyai keyakinan dan skill yang merbahaya.

Dalam saingan Premier League musim lalu, tak ada sesiapa pemain centre-back yang mampu melakukan take-ons yang lebih banyak berbanding White.

Pintasan

Selain handal ketika menyerang, perkara asas untuk seseorang pemain centre-back adalah kemampuan beliau untuk bertahan dengan baik, dan menariknya White berjaya melakukannya dengan cemerlang.

Walaupun baru berusia 23 tahun, White mempunyai kemampuan untuk membaca perlawanan dengan sangat cemerlang dan beliau antara pemain yang dikenali mempunyai kemampuan untuk menggagalkan serangan lawan menggunakan kemampuan pintasannya.

Statistik pintasan

Untuk lebih jelas, mengikut terjemahan dari Opta, pintasan sempurna adalah ketika seseorang pemain itu mampu membaca hantaran dari pasukan lawan dan memintas bola tersebut, dengan bergerak ke arah lokasi yang beliau jangka bola itu akan tuju.

Bersama Brighton musim lalu, White berjaya melakukan 62 pintasan berjaya dalam saingan Premier League, dengan hanya ada empat sahaja pemain lain yang berjaya melakukan lebih banyak darinya.

Pencabar terdekatnya di Arsenal adalah Dani Ceballos (35) dan Gabriel (26) sebagai pemain centre-back Arsenal yang paling banyak melakukan pintasan.

Sudah tentu statistik itu tidak akan sama memandangkan kepada corak permainan, namun Arsenal jelas memerlukan pemain seperti White, yang mampu membaca permainan dan melakukan pintasan jika diperlukan.

Kesemua pintasan itu bukan hanya untuk melindungi pasukan dari serangan lawan, namun ia bergantung juga di mana situasi itu berlaku di atas padang, mungkin ia akan membantu untuk mereka melakukan serangan pantas.

Jika pintasan itu berlaku di sudut yang tepat, dan misalnya Arsenal ketika itu sedang ketinggalan, ia akan sangat membantu untuk mereka melakukan comeback.

Mengapa ia boleh berlaku? Banyak kejadian yang boleh dijadikan contoh yang mana permainan boleh berubah sepenuhnya hanya dari detik kecil seperti itu.

Maka tidak salah lagi Arsenal memerlukan pemain yang sangat berguna di waktu sukar seperti Ben White.

Tackle

Ketika White gagal untuk melakukan pintasan, beliau masih mampu untuk menghentikan serangan dari lawan, dengan menggunakan kemahiran tackle yang beliau miliki.

Walaupun beliau tidak mempunyai tubuh pertahanan yang besar, namun White jelas mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk melakukan tackle yang kemas.

Di sini sekali lagi, kemampuan membaca permainan sangat berguna dan dengan adanya bakat membuat pintasan dan tackle, ia akan menjadikan White sebagai pertahanan yang sukar untuk dilepasi.

Musim lalu, White berjaya melakukan 49 tackle dalam saingan Premier League, meletakkan beliau di kedudukan ke-11 antara semua pemain centre-back yang lain.

Sekali lagi, ia merupakan statistik yang lebih tinggi berbanding mana-mana pertahanan Arsenal, dengan hanya Granit Xhaka (50) menjadi pemain paling banyak melakukan tackle dalam skuad The Gunners.

Namun apa yang membuatkan tackle White dianggap bagus, dan sangat berguna dengan cara beliau bermain adalah beliau tahu bila untuk lakukannya dan perlu atau tidak untuk melakukannya.

Untuk Arsenal terutamanya, para peminat sudah membiasakan diri untuk melihat pemain pertahanan melakukan tackle di tempat yang salah dan di waktu yang salah.

Ekoran dari kesalahan itu, pasukan bakal dihukum dengan pasukan lawan akan diberikan sepakan percuma dan penalti, lalu memberi ancaman kepada gawang mereka sendiri.

Tidak kira terjahan itu keras atau tidak. White sememangnya sangat sempurna dari segi itu, beliau hanya melakukan 30 kesalahan sahaja musim lalu dengan puratanya, 0.85 dari 90 minit aksi permainan.

Seperti biasa, catatan tersebut merupakan catatan yang lebih baik berbanding kesemua tiga pemain centre-back Arsenal.

Versatility

Arsenal jelas sekali menandatangani White sebagai pemain di posisi centre-back, dan di situ adalah tempat yang sememangnya patut beliau bermain.

Namun jika Mikel Arteta berminat untuk meletakkan beliau di posisi lain, ia tidak akan menjadi masalah kerana Ben White mempunyai kelebihan untuk bermain di beberapa posisi lain.

Ia bermaksud, seandainya ada pemain yang dibelenggu masalah kecederaan atau berlaku sebarang masalah dalam perlawanan penting yang memerlukan pertukaran posisi, maka hal tersebut tidak menjadi masalah untuk White.

Jika White diperlukan untuk bermain di posisi lain, beliau boleh bermain di posisi pertahanan kanan atau sayap kanan dengan beliau pernah bermain di posisi tersebut ketika beraksi bersama Brighton pada musim lalu.

White turut boleh diletakkan di posisi midfield, dengan beliau akan mampu untuk melindungi barisan pertahanan dengan kemahiran pintasan dan bentesan yang dimiliki olehnya.

Hal itu sejujurnya boleh mengundang rasa cemburu dari kalangan pemain midfield lain untuk melihat kemampuan White bermain di pelbagai posisi dengan sempurna.

Ia tidak akan menjadi isu, pemain bermain di posisi yang bukan posisinya, kerana White lebih dari mampu untuk bermain di mana-mana posisi dan tentunya beliau akan sangat berguna untuk Arsenal.

Bahkan beliau juga mungkin akan menjadi pemain penyerang yang sempurna jika Arteta meletakkan beliau di posisi false nine. (Gurau je, jangan betul-betul pulak Arteta suruh dia main penyerang)

Kelemahan

Keupayaan Perebutan Di Udara

Jadi selepas mendengar segala kelebihan pemain centre-back berusia 23 tahun itu, tentunya akan ada kelemahan beliau bukan?

Ya, beliau ada kelemahan namun sepertinya kelemahan yang tidak terlalu teruk dan tidak akan mengundang bahaya kepada Arsenal kerana memilikinya.

https://twitter.com/GurjitAFC/status/1416416013290250242?s=19

Satu-satunya kelemahan paling nyata White adalah kemampuannya di udara. Beliau mempunyai ketinggian 6 kaki (1.82m), dan White bukanlah pemain centre-back tinggi lampai yang diimpikan oleh kebanyakan pasukan.

Walaupun beliau mempunyai kualiti sebagai ‘ball-playing’centre-back, namun Arsenal sepertinya tetap perlu guna pemain tinggi lampai untuk berurusan dengan ancaman bola tinggi.

Dalam saingan Premier League musim lalu, White telah terlibat dalam 99 perebutan bola di udara dan beliau hanya memenangi 49 darinya.

Walaupun beliau hanya mampu memenangi 49.5% sahaja dari perebutan bola di udara, namun memikirkan gaya permainan Brighton, peminat Arsenal tidak perlu bimbangkan hal tersebut.

Apa Faedah Untuk Arsenal Dalam Saingan Premier League

Jadi, walaupun beliau mempunyai kelemahan dari segi perebutan bola di udara, penandatanganan White tentunya akan memberi perubahan positif kepada skuad Arsenal.

Walaupun The Gunners mengakhiri saingan musim lalu di kedudukan kelapan dalam saingan liga dan terlepas slot ke saingan Europa League, perbezaan mata Arsenal dengan kelompok empat teratas tidak begitu jauh.

Arsenal hanya dipisahkan dengan enam mata sahaja dari Chelsea yang menduduki kedudukan keempat dalam carta liga musim lalu.

Kesemua enam mata itu, dan ada beberapa kali Arsenal kehilangan mata adalah ketika waktu sukar mereka antara November hingga Disember.

Arsenal pada ketika itu tewas lima perlawanan dan mencatatkan dua keputusan seri dari tujuh perlawanan terakhir mereka.

Selain dari kekalahan 3-0 di tangan Aston Villa, tiga lagi kekalahan mereka hanya dengan perbezaan satu gol sahaja, dan ia jelas membuktikan pertahanan mereka hanya tewas dengan kadar yang sangat tipis.

White tidak akan jadi Virgil Van Dijk Arsenal, beliau mungkin tidak akan mampu untuk terus membawa Gunners menjadi pencabar kejuaraan, namun kehadiran beliau adalah sangat berguna untuk kelab setidak-tidaknya melayakan diri ke saingan Champions League.

Namun Arsenal juga harus membuat lagi beberapa penandatanganan untuk memantapkan skuad sedia ada mereka untuk melayakan diri mereka mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas pada musim hadapan.

Sumber: Squawka

 

Baca artikel menarik lain daripada kami:

12 Pemain Premier League Sedang Bersama Negara Masing-Masing Di Sukan Olimpik

Manchester United Kini Sedia ‘Sailang’ Ruben Neves Dari Arsenal

Kisah Man Utd “Minum Tapai” Lalui Detik Sukar Lawan Sabah Perlawanan Pra Musim

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN