Rangkuman: Bolivia 2 Argentina 0, Messi Digantung Sebelum Sepak Mula Kerana Mencarut

Kempen kelayakan Piala Dunia 2018 Argentina sekali lagi dirundung masalah. Argentina tewas 2-0 di tangan Bolivia.

Ianya hanya selepas 5 jam sebelum itu Messi digantung perlawanan kerana mencarut.

Messi digantung 4 perlawanan kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada pembantu pengadil dalam perlawanan menentang Chile sebelum ini.

Jelas sekali tanpa kapten yang berpengaruh itu, Argentina memang agak suram seperti sebelum ini.

Argentina tetap memiliki pemain-pemain berkualiti tinggi di dalam pasukan mereka.

Inilah sebab kenapa satu negara meminta Messi keluar dari persaraan beliau sebelum ini. Beberapa bintang mereka diletakkan di bangku simpanan.

Gol-gol Bolivia dijaringkan oleh Juan Carlos Arce dan Marcelo Martins. Ini adalah rangkuman perlawanan:

Selain daripada tumpul di hadapan gol, Argentina turut melepaskan 2 gol kerana pertahanan yang lemah.

Sebelum ini mereka juga tumpul. Mujurlah menang ke atas Chile menerusi penalti Lionel Messi.

Argentina kini menghuni tangga ke-5 dalam kelayakan zon Amerika Selatan dengan baki 4 perlawanan lagi.

Ianya adalah tempat terakhir untuk ke Piala Dunia, namun harus melalui play-off antara zon.

Argentina perlu bangkit selepas ini. Mereka akan bermain dalam 3 perlawanan tanpa Messi.

Baca juga:Persahabatan Antarabangsa: Belanda 1 Itali 2, Semua Gol Dihasilkan Pemain Itali

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN