Iran dan Jepun sudah sah ke Piala Dunia 2018. Namun pasukan manakah yang layak secara automatic masih menjadi tanda tanya. Pusingan ketiga kelayakan menyaksikan 12 pasukan bertanding dengan setiap kumpulan disertai 6 pasukan.
Juara dan naib juara kumpulan mara terus ke Piala Dunia 2018. Manakala tempat ketiga setiap kumpulan akan menghadapi pusingan keempat untuk menentukan wakil Asia ke play-off intercontinental.
Kumpulan A: (Iran telah layak)
Korea Selatan dibezakan 2 mata dengan Syria dan Uzbekistan. Syria dan Uzbekistan berkongsi pungutan mata tetapi dipisahkan dengan pungutan defisit gol.
Qatar akan bertemu China dalam penutup aksi Kumpulan A. Iran pula menentang Syria dan Uzbekistan melayani kunjungan Korea Selatan di Tashkent.
Untuk layak, Korea Selatan mesti menang besar menewaskan Uzbekistan tanpa bolos dengan harapan Syria tidak menang ketika bertemu Iran. Korea Selatan juga boleh layak sekiranya mereka seri dengan Uzbekistan dan Syria kalah di tangan Iran.
Syria berpeluang layak sekiranya mengalahkan Iran tanpa melepaskan sebarang gol dan mengharapkan Korea Selatan tidak mengutip sebarang mata.
Uzbekistan akan mara Piala Dunia jika mengalahkan Korea Selatan dengan menang minimum 2 gol tanpa balas asalkan Syria kalah atau seri ketika menentang Iran.
Rasanya ramai ingin tidak mahu Korea Selatan layak kan?
Kumpulan B: (Jepun telah layak)
Arab Saudi kini berada di tangga kedua carta Kumpulan B meskipun berkongsi 16 mata dengan Australia di tangga ketiga. Mereka dipisahkan dengan kelebihan pada Arab Saudi yang meraih defisit gol lebih tinggi. Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini berada di kedudukan keempat Kumpulan B dengan meraih 13 mata.
Australia dijadualkan bertemu Thailand manakala Iraq akan bertemu UAE. Arab Saudi pula akan bertemu Jepun.
Arab Saudi akan mara sekiranya mereka menang besar ke atas Jepun dan kedua-dua pesaingnya iaitu Australia dan UAE seri atau kalah. Arab Saudi akan mara juga sekiranya seri tetapi Australia dan UAE kalah.
Australia akan layak jika mereka menang perlawanan terakhir dan Arab Saudi tidak menang. Sekiranya Socceroos seri, mereka mengharapkan Arab Saudi mesti kalah dan kemenangan UAE tidak memberi apa-apa makna.
UAE akan ke Piala Dunia jika menang dengan menjaringkan 8 gol tanpa balas serta Australia dan Arab Saudi kalah. Agak mustahil dilakukan untuk pasukan dari Asia Barat itu.
Penutup
Mungkin kelayakan Piala Dunia zon Asia kali ini amat panas dan menjadi tumpuan dunia. Tekanan lebih terarah kepada semifinalis 2002, Kora Selatan yang bergelut untuk layak. Begitu juga dihadapi Arab Saudi yang kerap membawa cabaran Asia ke kejohanan ini
Tetapi, mungkinkah akan ada wakil baru ke Piala Dunia dari zon Asia?