Kelayakan Piala Dunia: Thailand Yakin Perolehi Mata Penuh, Tidak Gentar Sokongan Ekor Di Bukit Jalil

Thailand yakin mampu memperolehi kemenangan dalam perlawanan kelayakan pusingan kedua Kumpulan G Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Khamis hadapan.

Thailand akan beraksi di dalam dua perlawanan di tempat lawan untuk pusingan kelayakan pada jendela antarabangsa ini, bermula dengan pertemuan menentang Malaysia (14hb November), diikuti Vietnam selang lima hari kemudian.

Menurut pemain tengah, Sarach Yooyen tahap keyakinan di dalam kem Gajah Perang kini sangat tinggi.

#Changsueklive วันที่ 11 พฤศจิกายน 2562 ช้างศึก ประเดิมฝึกซ้อมที่ มาเลเซีย ทันที ที่สนาม UM Arena ก่อนพบกับ…

Posted by ช้างศึก on Monday, November 11, 2019

“Kami telah menjalani latihan dengan baik dan lebih memahami taktikal jurulatih sekarang. Kami [pasukan] hanya akan menjadi semakin baik, ujar Yooyen seperti dipetik daripada akhbar Bangkok Post.

“Kami yakin mampu mengumpul enam mata dari dua perlawanan ini. Kami harus mulakan dengan kemenangan menentang Malaysia terlebih dahulu.”

Pemain pertahanan berdarah Thai-Jerman, Manuel Tom Bihr pula mahukan kemenangan menentang Malaysia, dan menganggap keputusan seri menentang Vietnam di Hanoi nanti sudah memadai.

“Kami akan beraksi dua perlawanan di tempat lawan, dan saya berharap sekurang-kurangnya mampu meraih empat mata,” ujar Manuel.

“Ia adalah dua perlawanan penting dan kami tidak mampu kehilangan mata dari dua perlawanan tersebut.

“Saya yakin kami mampu menang. Kemenangan ke atas UAE hanya sia-sia jika gagal.”

Melalui temubual eksklusif yang diterbitkan oleh media Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) baru-baru ini, Manuel juga berkata beliau tidak gentar akan sokongan padu yang bakal diberikan oleh penyokong tuan rumah di SNBJ.

#ChangsuekExclusiveTalk 3นัดเสีย1ประตู!มานูเอล ทอม “เราจะไปที่มาเลเซีย เพื่อเก็บคลีนชีตอีกครั้ง”

มานูเอล ทอม เบียรห์…

Posted by ช้างศึก on Sunday, November 10, 2019

“Berkenaan sokongan padu dari penyokong Malaysia, saya berpendapat ia tidak akan memberikan banyak tekanan kepada kami,” ujar Manuel.

“Jika kami melakukan kesilapan ketika perlawanan, ia sudah pasti memberikan ruang kepada penyokong tuan rumah untuk mempersenda atau melakukan provokasi.

“Asalkan kami bermain mengikut perancangan, dan terus fokus sepanjang perlawanan, sokongan padu dari penyokong pasukan lawan tidak akan menjejaskan kami,” kata beliau lagi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN