Kelayakan Piala Dunia: Tan Cheng Ho Tagih Fokus Dan Keyakinan Penuh Pemain

Tan Cheng Hoe Malaysia Latihan

Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Ho memohon sekali lagi kepada barisan pemainnya untuk kekal fokus dan bermain dengan penuh keyakinan ketika menentang Vietnam pada Khamis ini.

Malaysia akan turun menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, pada jam 7.00 malam (waktu Malaysia), untuk aksi ketiga Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Tiga mata menjadi buruan penting bagi skuad negara ketika ini.

Dalam dua aksi sebelum ini, Malaysia telah merekodkan satu menang ke atas Indonesia dan satu kekalahan kepada UAE. Malaysia ketika ini di kedudukan ketiga, satu mata di belakang Thailand dan berkongsi tiga mata bersama UAE.

Menurut pengendali berusia 51 tahun itu, bukan mudah untuk beraksi di laman lawan dan meminta para pemain melupakan rekod pertemuan menentang Vietnam di Hanoi, sebelum ini.

Harimau Malaya telah tewas tiga kali berturut-turut di My Dinh dan kali terakhir meraih kemenangan di sana adalah pada tahun 2014 – menang 4-2 dalam saingan separuh akhir Kejohanan AFF Suzuki.

Kini, pasukan yang berada di ranking ke-99 dunia itu adalah antara pasukan terbaik dari Asia Tenggara dengan menjadi wakil di Piala Asia 2019 yang berlangsung di UAE pada awal Januari yang lalu.

“Bertandang ke Vietnam bukan satu tugas mudah, tetapi saya hendak pemain bermain sekali lagi dengan penuh keyakinan dan kena fokus untuk dapatkan satu keputusan positif, supaya cabaran kita lebih mudah selepas ini.

“Masalah penyokong yang ramai tidak menjadi masalah untuk kita, kerana pemain pernah beraksi di hadapan penyokong yang ramai, terutamanya di Stadium Nasional Bukit Jalil, jadi tiada halangan besar di situ,” jelasnya yang dipetik berkata kepada Berita Harian.

Ditemui media sebelum berangkat ke Hanoi kelmarin, Tan Cheng Ho turut menjelaskan mereka perlu berhati-hati dengan corak serangan balas pantas pemain-pemain pasukan lawan.

“Cuma kita perlu berhati-hati dengan corak permainan bertahan dan serangan balas pantas daripada pemain-pemain Vietnam,” tambah Tan Cheng Hoe sambil memaklumkan senarai 23 pemain yang dibawa kali ini bebas daripada sebarang kecederaan.

Kredit Featured Image: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN