Kelayakan Piala Dunia: Raih Pemain Tengah Terbaik ABK 19, Sumareh Kian Bersemangat

Mohamadou Sumareh Malaysia Thailand

Selepas dinobatkan selaku Pemain Tengah Terbaik pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (ABK 19), Mohamadou Sumareh nyata gembira malah semakin bersemangat untuk membantu skuad kebangsaan untuk satu lagi aksi kelayakan menentang Indonesia.

Malaysia akan melayan kunjungan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Selasa depan untuk aksi kelima Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Indonesia sudah berada di Malaysia sejak seminggu lalu, malah sempat turun menyaksikan aksi Malaysia menewaskan Thailand pada Khamis.

Sumareh dan Brendan Gan muncul penjaring gol dalam aksi yang memihak kepada skuad Harimau Malaya dengan kemenangan 2-1 seterusnya memaksa Thailand menyerahkan kedudukan pendahulu kepada Vietnam yang mengejutkan pasukan pilihan, UAE.

Bercakap mengenai jaringan ke-7 antarabangsanya bersama skuad kebangsaan, Sumareh menegaskan setiap aksi di Bukit Jalil tidak mustahil untuk dimenangi dan lawan akan diberi tentangan sengit.

Selain itu, pemain naturalisasi pertama negara itu menyatakan skuad negara memiliki harapan untuk kembali bersaing selepas menang ke atas Thailand dan ia akan menjadi lebih baik jika Harimau Malaya berjaya menjinakkan Sang Garuda pula.

“Sekarang kita ada harapan [selepas menewaskan Thailand], jika berjaya menewaskan Indonesia, harapan itu akan menjadi lebih besar,” jelas pemain berusia 25 tahun itu kepada Berita Harian.

“Segalanya bukan mustahil dan Bukit Jalil adalah gelanggang kita. Kami akan memberikan tentangan yang sengit kepada mana-mana pasukan,” tambahnya lagi yang jelas semakin bersemangat.

Selain jaringan kemenangannya menewaskan Thailand pada minit ke-57, Sumareh gembira bapanya turun ke SNBJ itu melihatnya beraksi buat kali pertama dan sehari kemudian, pemain Pahang itu diangkat pula sebagai Pemain Tengah Terbaik di ABK 19 yang mahu dikongsi bersama rakan sepasukan di kem negara yang merupakan calon akhir iaitu Brendan Gan dan Nor Azam Azih.

“Saya sangat gembira kerana selepas mengharungi musim yang yang panjang, saya mendapat trofi ini. Saya fikir Nor Azam Azih dan Brendan Gan juga mempamerkan aksi terbaik sepanjang musim ini, jadi anugerah ini untuk kami semua,” tuturnya lagi.

Selepas 18 penampilan bersama skuad negara, Keli Boy boleh dianggap sebagai tonggak utama di posisi bukan sahaja sayap menyerang kanan, malah dalam perlawanan menentang Thailand, Sumareh dapat dilihat di kanan, kiri dan juga tengah.

Kredit Featured Image: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN