Kelayakan Piala Dunia: Pemain Naturalisasi Tidak Kuatkan Indonesia, Tegas Alfred Riedl

Alfred Riedl Kiatisuk Indonesia Thailand AFF 2016

Bekas pengendali Vietnam dan Indonesia, Alfred Riedl menyatakan biarpun ketika ini mereka memiliki barisan pemain naturalisasi, skuad Garuda itu tetap bukan tandingan buat skuad Naga Emas.

Ini kerana baginya, semua pemain naturalisasi yang membarisi Indonesia ketika ini, tidak kurang lebih dengan pemain tempatan dan pada pandangannya, Vietnam dalam posisi terbaik untuk meraih kemenangan dalam pertembungan tersebut.

Indonesia akan melayan kunjungan Vietnam di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali, untuk aksi Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dalam aksi yang berlangsung pada Selasa.

“Tahap mereka [pemain naturalisasi] tiada beza dengan pemain tempatan. Jadi, saya tidak rasa penggunaan pemain naturalisasi membuatkan Indonesia lebih kuat,” ujarnya yang dipetik daripada Zing.Vn sambil menjelaskan tiga kekalahan adalah buktinya.

Kehadiran pemain-pemain naturalisasi katanya, tidak mengubah secara drastik wajah bola sepak Indonesia berbanding skuad naib juara Kejohanan AFF 2016 yang pernah dibimbingnya.

“Ini adalah peluang terbaik buat Vietnam untuk menang,” tambah bekas pengendali yang pernah membawa Sang Garuda ke pentas final Kejohanan AFF 2016 – mereka tewas 2-3 kepada Thailand.

Menurutnya yang sudah lama tidak mengendalikan di peringkat kebangsaan, berdasarkan pemerhatiannya, Indonesia ketika ini sangat lemah dan tidak mengetahui dimanakah silapnya.

“Indonesia dalam keadaan yang tidak baik. Keputusan sangat tidak memihak kepada mereka ketika ini. Saya tidak faham kenapa.

“Jika [prestasi] Indonesia sedang menurun, Vietnam aksi beraksi dengan baik. Oleh itu, saya percaya, mereka tidak akan meraih sebarang mata daripada pihak lawan,” tambahnya lagi.

Berbeza pula dengan nada pengendali Indonesia ketika ini, Simon McMenemy yang menyalahkan jadual liga tempatan sebagai punca kepada pretasi merosot Sang Garuda dalam aksi kelayakan.

Alasan yang sama digunakan oleh pengendali kelahiran Scotland itu kepada tiga kekalahan yang dihadapinya, iaitu ketika tewas 2-3 kepada Malaysia, tewas 0-3 kepada Thailand dan juga ketika dibelasah skuad Piala Asia 2019, UAE, baru-baru ini.

Menurut Simon McMenemy, dapat dilihat dalam ketiga-tiga aksi, para pemainnya telah mempamerkan aksi baik di babak pertama sebelum segalanya merosot bermula di babak kedua.

Kredit Featured Image: AFF Suzuki 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN