Kelayakan Piala Dunia 2022: Harimau Malaya Terpaksa Lupakan Khidmat Syahmi Safari

Semalam, seramai 24 pemain telah melaporkan diri di kem skuad kebangsaan sebagai persiapan bagi menghadapi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bulan depan.

Daripada 24 pemain itu, seorang pemain pertahanan iaitu Syahmi Safari daripada pasukan Selangor terpaksa digugurkan kerana mengalami kecederaan manakala dua lagi pemain iaitu Mohamadou Sumareh dan Norshahrul Idlan Talaha akan melapor diri hari ini.

Kehadiran dua pemain Pahang itu akan melengkapkan seramai 25 orang pemain yang menjalani latihan sebelum jumlah itu dikecilkan kepada 23 pemain terbaik untuk membawa cabaran negara.

“Setakat ini, semuanya positif, cuma Syahmi dibelenggu masalah pergelangan kaki.

“Saya akan memuktamadkan senarai pemain selepas ini,” jelas Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dalam Stadium Astro.

Barisan pemain yang dipanggil ke kem skuad kebangsaan. FOTO: FAM

Cheng Hoe turut berharap anak buahnya mengorbankan cuti bersama keluarga memandangkan tarikh perlawanan jatuh pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Cheng Hoe setakat ini belum menerima sebarang aduan daripada anak buahnya berkaitan situasi terbabit setakat ini. Namun, dia menjangkakan setiap pemain tahu pengorbanan yang perlu dilaksanakan demi kepentingan skuad senior negara.

“Barisan pemain sudah cukup profesional kerana setiap tahun pun kita boleh berhari raya tetapi Piala Dunia hanya berlangsung empat tahun sekali.

“Justeru, kita tidak boleh melepaskan peluang terbaik. Lagipun pemain sendiri tidak tahu sama ada mereka masih aktif beraksi atau tidak.

“Saya harap pemain anggap ini bukan satu tekanan buat mereka,” tambahnya..

Skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Nepal dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa pada 2 Jun ini. Kemudian mereka akan menentang Timor Leste pada 7 Jun dan 11 Jun ini secara timbal balik untuk aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022. Semua perlawanan ini berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pembelian tiket juga boleh dibeli secara online di laman web www.tickethotline.com.my akan bermula pada hari ini (Selasa, 28 Mei 2019) manakala pembelian di kaunter tiket stadium adalah pada hari perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN