Kelayakan Piala Dunia 2022: Cheng Hoe Percaya Harimau Malaya Mampu Raih Kemenangan

Tan Cheng Hoe FAM

Bukan mahu mengecilkan kemampuan Vietnam namun pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menaruh kepercayaan tinggi terhadap kemampuan pemainnya untuk menundukkan skuad Naga Emas dalam kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium My Dinh, Hanoi, malam esok.

Jelasnya, kemampuan yang dimiliki skuad negara ketika kini mampu untuk menundukkan mana-mana pasukan sekiranya semua pemain dapat bermain bersatu hati dan mempamerkan aksi terbaik.

“Jurulatih Park ( Hang Seo) melakukan tugas dengan baik sejak mengambil alih melatih pasukan tersebut dengan membuat banyak perubahan.

“Tetapi saya tetap optimis, kita mampu melakar keputusan positif dalam perlawanan malam esok. Saya percaya setiap pasukan mampu ditewaskan jika kita berada dalam kedudukan dan masa yang tepat,” katanya dalam sidang media pra perlawanan tersebut di Wisma Persatuan Bola Sepak Vietnam, hari ini.

Berdasarkan rekod 10 pertemuan terakhir, skuad negara hanya berjaya meraih satu kemenangan iaitu pada 11 Disember 2014 dengan kemenangan 2-4 di Hanoi, manakala selebihnya adalah seri dua dan tujuh tewas sejak tahun 2010.

Pertemuan terakhir pada final Piala AFF 2018 juga memihak kepada Vietnam dengan pasukan Harimau Malaya tewas 0-1 di sini, walaupun berjaya mengikat skuad Naga Emas itu 2-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mengulas mengenai perkara itu, Cheng Hoe mengulangi kata-kata seperti diucapkan di Jakarta bahawa rekod pertemuan dahulu hanya sebuah sejarah yang tidak memberi apa-apa kesan terhadap pasukan negara.

“Pertemuan final Piala AFF tahun lepas menyaksikan kita dibolosi pada minat awal permainan dan perkara itu sering saya ingat kepada pemain untuk fokus dari awal minit pertama sehingga wisel penamat ditiupkan.

“Memang ada beza pasukan dulu ketika menentang Vietnam dan sekarang, tetapi corak permainan tak ubah.

“Yang penting pemain dapat menyesuaikan diri dengan segera dalam aksi esok dan turun dengan semangat juang tinggi serta mentaliti kemenangan.

“Dua perlawanan sebelum ini telah membukti pasukan kita mampu beri saingan yang hebat dan saya harap momentum ketika aksi menentang UAE (Emiriah Arab Bersatu) dapat diteruskan, selain barisan serangan lebih tajam dalam menyudah peluang yang diperolehi,” ujarnya.

Rekod pertemuan Malaysia dan Vietnam

Piala AFF (18 Disember 2010)
Vietnam 0 Malaysia 0

Perlawanan persahabatan (11 September 2012)
Malaysia 0 Vietnam 2

Perlawanan persahabatan (3 November 2012)
Vietnam 1 Malaysia 0

Perlawanan persahabatan (16 November 2014)
Vietnam 3 Malaysia 1

Piala AFF (7 Disember 2014)
Malaysia 1 Vietnam 2

Piala AFF (11 Disember 2014)
Vietnam 2 Malaysia 4

Piala AFF (23 November 2016)
Malaysia 0 Vietnam 1

Piala AFF (16 November 2018)
Vietnam 2 Malaysia 0

Final 1 Piala AFF 2018 (11 Disember 2018)
Malaysia 2 Vietnam 2

Final 2 Piala AFF 2018 (15 Disember 2018)
Vietnam 1 Malaysia 0

Kredit foto: Kamarul Akhir I asiana.my – All Sports Images And News Agency

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN