Kelayakan Piala Dunia 2022: Beli Satu Percuma Satu Tiket

Penyokong Harimau Malaya berpeluang dapat satu tiket percuma apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan tawaran ‘Beli 1 Percuma 1’ tiket untuk perlawanan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor Leste.

Perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 7 dan 11 Jun ini dan FAM berbesar hati untuk memberikan tawaran tiket percuma untuk setiap penyokong yang telah membeli satu tiket sempena sambutan Hari Raya.

“Ia sebagai hadiah Hari Raya Aidilfitri daripada FAM kepada kalangan penyokong setia Harimau Malaya yang tetap akan meluangkan masa turun ke stadium bagi memberikan sokongan padu buat para pemain kebangsaan biarpun ketika itu nanti masih dalam ‘mood’ berhari raya bersama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan.

“Harga tiket yang ditetapkan bagi setiap perlawanan di atas ini adalah sama seperti perlawanan-perlawanan Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia sebelum ini iaitu RM30 bagi tempat duduk terbuka, RM50 bagi tempat duduk grandstand dan RM5 bagi tiket kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun,” kata kenyataan daripada Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Bagaimanapun, dengan tawaran promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ ini, para penyokong akan memperolehi dua tiket pada satu harga apabila mereka hadir ke stadium bagi menonton perlawanan pada 7 Jun dan/atau pada 11 Jun itu nanti bagi semua kategori tiket iaitu grandstand, terbuka dan kanak-kanak.

“Sebagai contoh, apabila mereka datang bagi perlawanan pertama pada 7 Jun itu, mereka hanya perlu membeli satu tiket tempat duduk terbuka berharga RM30 dan akan mendapat satu tiket tempat duduk terbuka secara percuma untuk diberikan kepada isteri, suami, abang, kakak, adik, saudara mara atau rakan yang hadir bersama mereka itu. Begitu jugalah untuk perlawanan kedua pada 11 Jun.

“Untuk itu, dengan tawaran promosi yang diberikan ini, besar harapan saya untuk melihat para penyokong Harimau Malaya sama-sama hadir ke stadium bagi memberikan sokongan pada 7 dan 11 Jun nanti. Siang hari kita keluar beraya, malam hari jom kita ke stadium!,” katanya.

Pembelian tiket juga boleh dibeli secara online di laman web www.tickethotline.com.my akan bermula pada hari ini (Selasa, 28 Mei 2019) manakala pembelian di kaunter tiket stadium adalah pada hari perlawanan iaitu pada 7 dan 11 Jun.

Bagi memastikan kelancaran kemasukan penyokong ke stadium untuk kedua-dua perlawanan itu nanti, penggunaan Kod QR yang telah diperkenalkan FAM pada perlawanan-perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan, tahun ini akan diteruskan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN