Pemain pertahanan skuad kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak optimis Harimau Malaya mampu memberi tentangan hebat kepada pasukan pilihan, Thailand dalam perlawanan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam ini.
Dalam laporan oleh Berita Harian, Aidil menjelaskan, status skuad Gajah Perang itu sebagai gergasi di rantau ini tidak menggugat keyakinannya bahawa semua pasukan bola sepak di dunia ini tidak kebal dari menerima kekalahan.
Thailand dipercayai akan menurunkan barisan terkuat mereka termasuk beberapa pemain yang mempunyai pengalaman beraksi di liga terkemuka dunia.
Tan Cheng Hoe Ada Perancangan Perangkap Gajah Perang Di Bukit Jalil – https://t.co/onOkILhpj8 pic.twitter.com/cXWH0ahw0Z
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 13, 2019
“Siapa pun lawan kita esok [malam ini], kita tetap lawan dan tidak akan beri perjalanan yang mudah kepada Thailand. Yang penting pemain kita sendiri, bagaimana mahu bersatu hati sebagai satu pasukan.
“Bagi saya dalam dunia bola sepak, tidak ada pasukan yang tidak boleh dikalahkan. Liverpool sekali pun boleh kalah,” katanya ketika sidang media pra perlawanan hari ini.
Pemain pertahanan berusia 32 tahun itu menegaskan semangat kerjasama antara pemain terutamanya di bahagian pertahanan, mereka berupaya untuk merantai pergerakan pemain utama seperti Teerasil Dangda dan Chanatip Songkrasin.
"This winning means nothing if we can't qualify to the next round" said Teerasil Dangda, a truely leader.
(Pic: @Changsuek_TH ) pic.twitter.com/b7bYWGDdYa
— All Things Thai Football 🇹🇭 (@ThaiFootballs) October 15, 2019
“Seperti kita tahu Teerasil pemain yang bagus dan memiliki pengalaman. Barisan pasukan Thailand lagi bagus daripada tahun lalu.
“Banyak beza yang dapat kita lihat dan mereka memiliki jurulatih baharu. Kita kena lihat apa kelebihan dan kelemahan mereka,” katanya.
Perjalanan Malaysia dalam kempen kelayakan ini nampaknya begitu mencabar selepas hanya meraih satu kemenangan sewaktu menumpaskan Indonesia 3-2 di Gelora Bung Karno, Jakarta. Dua lagi perlawanan, Malaysia tewas masing-masing kepada UAE dan Vietnam.
Kelayakan Piala Dunia: Perlu Bersedia Dengan Kemampuan Skuad Baharu Thailand – https://t.co/KvYr9Fta4U pic.twitter.com/aSRvbvBxmW
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 13, 2019
Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe pula tidak mahu fokus kepada satu bahagian sahaja yang dikatakan kritikal, tetapi beliau mahu memperbaiki semua aspek secara menyeluruh.
“Saya tidak boleh katakan kritikal tetapi saya mahu tingkatkan keseluruhan pasukan di semua posisi. Saya harapkan pendekatan terbaik untuk menentang pasukan yang lebih baik.
Kredit foto: Aremilworks