Kelayakan Piala Dunia 2020: Syahmi Safari Dedahkan Kecederaan Dialami Tidak Serius

Pertahanan kanan skuad negara, Syahmi Safari mendedahkan kecederaan pangkal peha yang dialaminya tidak serius dan mengharapkan agar beliau dapat diturunkan pada perlawanan kelima Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia, malam ini.

Khidmat pemain muda itu pastinya ditagih kem skuad negara walaupun ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe dilaporkan tidak panik dengan masalah yang sedang melanda pasukan.

Hal ini kerana beliau turut kehilangan khidmat Matthew Davies selepas kapten Pahang itu menjalani penggantungan satu perlawanan berikutan dua kad kuning diterimanya.

Syahmi-Safari-Thailand-Goal
FOTO: AFF Suzuki 2018

”Kecederaan yang saya alami tidak serius. Sekiranya saya dipilih untuk memulakan perlawanan [kesebelasan utama], saya akan memberikan yang terbaik buat pasukan.”

”Kami semua sudah memahami corak permainan antara satu sama lain dan juga mengetahui apa yang perlu dilakukan di atas padang.”

”Sebagai seorang pemain, masih banyak perkara yang perlu saya pelajari. Saya juga turut cuba untuk mengatasi dan memperbaiki kelemahan pada aksi saya,” ujar Syahmi bercakap kepada sumber New Straits Times.

Selain daripada Mattew Davies yang sudah pasti tidak dapat diturunkan, skuad negara juga terpaksa melupakan khidmat Syafiq Ahmad yang turut berdepan penggantungan satu perlawanan.

Norshahrul Idlan Talaha dilihat sebagai calon sesuai untuk diletakkan sebagai calon pengganti penyerang Johor Darul Ta’zim yang semakin meningkat naik itu.

 

Leave a Reply