Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Afrika: Peluang Masih Terbuka Buat Ivory Coast, Tunisia

Saingan ke Piala Dunia 2018 di Rusia untuk zon Afrika masih lagi terbuka. 3 slot masih belum diisi oleh wakil Afrika. Nigeria menjuarai Kumpulan B sekaligus mara ke Piala Dunia 2018.

Begitu juga Mesir yang membuat penampilan terakhir selepas kejohanan 1990. Mesir menjuarai Kumpulan E. Kumpulan B dan E berbaki satu perlawanan walaupun juaranya sudah diketahui.

Kali ini, kami membawakan analisis eksklusif yang memperincikan pasukan mana yang masih berpeluang layak. Kumpulan yang dimaksudkan ialah Kumpulan A, C dan D.

Kumpulan A

Pada ketika ini, Tunisia dan DR Congo dipisahkan 3 mata. Tunisia berada di tangga teratas Kumpulan A. Perlawanan terakhir menemukan Tunisia dengan jirannya, Libya. Guinea pula akan bertandang ke DR Congo.

Tunisia mesti sekurang-kurangnya seri untuk layak ke Piala Dunia. Namun begitu, sekiranya Tunisia kalah dan DR Congo menang 3 gol dan ke atas semasa menentang Guinea, DR Congo bakal beraksi ke Piala Dunia.

Kali terakhir Tunisia beraksi di Piala Dunia ialah pada 2006. DR Congo ingin membuat penampilan kedua selepas edisi 1974 dengan menggunakan nama Zaire.

Kumpulan C

Ivory Coast menghambat kedudukan Maghribi di puncak Kumpulan C. Malah, mereka dipisahkan dengan 1 mata sahaja!

Edisi 1998 menyaksikan penampilan terakhir Maghribi dalam pentas bola sepak berprestij ini. Ivory Coast pula inginkan penampilan kali keempat berturut-turut sejak kejohanan di Jerman 2006, Afrika Selatan 2010 dan Brazil 2014.

Menariknya, perlawanan terakhir ini akan menyaksikan Maghribi, calon hos Piala Dunia 2026 menjadi pelawat kepada pertemuan di Ivory Coast. Sekiranya kedua-dua pasukan seri, Maghribi akan mara.

Senang kata, siapa yang menang perlawanan ini, mereka akan menempah tiket ke Afrika. Gabon dan Mali sudah terkandas dalam saingan.

Kumpulan D

FIFA telah memberi arahan perlawanan ulangan akan diadakan antara Afrika Selatan menentang Senegal pada 10 November. Ini disebabkan pengadil perlawanan asal telah digantung dari tugasan.

Sekiranya Senegal menang pada 10 November, mereka akan layak ke Piala Dunia 2018. Namun, andainya mereka kalah atau seri pada tarikh tersebut, perlawanan terakhir peringkat kumpulan akan menentukan negara manakah akan menempah slot.

Ini kerana, Burkina Faso berbeza 2 mata di belakang Senegal. Senegal berkelebihan kerana mempunyai 1 perlawanan dalam tangan. Cape Verde pun mempunyai 6 mata seperti Burkina Faso. Afrika Selatan juga berpeluang sekat Senegal dalam kedua-dua perlawanan pada 10 dan 14 November.

Afrika Selatan sudah 3 kali beraksi dalam Piala Dunia, paling terkini ialah sewaktu menjadi hos pada 2010. Senegal pula hanya pernah beraksi pada 2002. Cape Verde dan Burkina Faso pasti berazam untuk membuat penampilan sulung.

Penutup

Siapa yang dapat menjangkakan penentuan slot Afrika masih hangat lagi sehingga diheret perlawanan terakhir. Pasti akan ada aksi-aksi dramatik yang boleh dijadikan coretan dalam sejarah kelayakan Piala Dunia.

Walau apa pun, bola sepak sentiasa menjanjikan drama dan  suasana yang luar biasa. 3 negara manakah pilihan anda untuk mewakili Afrika?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN