Kelayakan Piala Asia: Gol Sulung Dions Cools & Darren Lok Tamatkan Badi 42 Tahun Malaysia

Kelayakan Piala Asia
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Gol sulung oleh Dion Cools dan Darren Lok menjadi salah satu asbab mengapa skuad kebangsaan akhirnya berjaya layak ke saingan pusingan akhir Piala Asia 2023.

Selain Cools, Safawi Rasid turut menjaringkan gol menerusi sepakan penalti untuk membuka tirai jaringan serta jaringan daripada Syafiq Ahmad sambil Darren Lok turut berada dalam senarai penjaring.

Permainan bermula rancak seawal minit pertama apabila Malaysia melancarkan serangan ke kubu Bangladesh sebelum mereka cuba untuk menyerang balas.

Gerakan demi gerakan dicipta dan hasilnya Malaysia memperoleh sepakan penalti disaat Bangladesh cuba menyerap asakan.

Safawi dengan mudahnya menyempurkan sepakan penalti tersebut dengan menewaskan Anisur Rahman untuk meletakkan Harimau Malaya di depan pada minit ke-16.

Tempo permainan terus menjadi rancak apabila serangan demi serangan mula dicipta untuk mendapatkan jaringan.

Stadium Nasional Bukit Jalil tersentak dengan jaringan penyamaan Bangladesh apabila Mohammad Ibrahim menumpaskan Syihan Hazmi di pintu gol negara pada minit ke-31.

Semuanya berpunca hasil lontaran jarak jauh Bishwanath Ghosh yang berjaya menghasilkan detik kucar-kacir dalam kotak penalti negara.

Ia sekali gus mencetuskan dentuman sorakan gembira penyokong Bangladesh ibarat kita berada di Dhaka pula.

https://twitter.com/nzrnizhr/status/1536721363259363329?s=21&t=wLRKQlMuOPljNt7sGpYacg

Selang tujuh minit kemudian, Cools menjaringkan gol pertamanya untuk negara hasil rembatan dalam kotak penalti.

Pada mulanya bola rembatan Cools itu disangka terkena sisi jaring, namun ia disedari telah melepasi garisan gol dan menggegarkan Bukit Jalil.

Kelayakan Piala Asia
GAMBAR: Syamil Rosli – PFAM

45 minit seterusnya menyaksikan Malaysia terus memberikan asakan dengan hasil diperoleh seawal minit awal babak kedua.

Sepakan penjuru rutin yang cukup berkesan berjaya membenarkan Syafiq yang turut menjadi ketua pasukan malam ini menanduk masuk mudah bola ke dalam gawang.

Momentum skuad negara semakin meningkat dari minit ke minit hinggakan Bangladesh tidak mampu untuk menyerang lagi.

Satu lagi detik indah dilakar pada perlawanan ini apabila Lok yang masuk sebagai pemain gantian berjaya menolak mudah bola ke dalam gol untuk merakam jaringan pertamanya untuk Harimau Malaya.

Beliau menerima hantaran dari sebelah kanan untuk menolak bola dengan mudah menewaskan Anisur.

Akhyar Rashid yang dimasukkan sebagai pemain gantian turut mempunyai peluang untuk menambah jaringan kelima negara namun tandukannya terkena palang di bahagian akhir perlawanan.

Secara keseluruhannya, Harimau Malaya merakamkan kemenangan profesional dalam misi mematerikan tempat ke Piala Asia 2023 sekali gus menamatkan badi 42 tahun tidak layak secara merit.

Tahniah Harimau Malaya, seluruh negara berbangga dengan anda!

Keputusan penuh, Malaysia 4-1 Bangladesh.

Kesebelasan utama

Malaysia: Syihan Hazmi (penjaga gol), Matthew Davies, La’Vere Corbin Ong, Shahrul Saad, Dion Cools, Syamer Kutty Abba, Azam Azih, Faisal Halim, Safawi Rasid, Arif Aiman, Syafiq Ahmad (ketua pasukan)

Bangladesh: Anisur Rahman (penjaga gol), Yeasin Arafat, Tutul Badsha, Jamal Bhuyan (ketua pasukan), Biplo Ahamed, Sazzad Hossen, Rakib Hossain, Bishwanath Ghosh, Atiqur Rahman Fahad, Rimon Hossain, Mohammad Ibrahim

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN