Kelayakan Piala Asia B-17: Pertahanan Terlalu ‘Ceroi’ Jadi Faktor Malaysia Mudah Benam Indonesia

Skuad kebangsaan bawah-16 (B-16) berjaya melakar kejutan di Stadium Pakansari, Bogor, apabila mencatat kemenangan besar 5-1 untuk menewaskan tuan rumah, Indonesia.

Dalam aksi yang berlangsung semalam, Indonesia seolah kehilangan punca untuk menghalang kemaraan barisan pemain negaa yang jelas sangat tajam sejak awal permainan berlangsung.

Menerusi kemenangan tersebut, Malaysia muncul selaku juara peringkat Kumpulan B untuk terus melayakkan diri secara automatik ke saingan Piala Asia pada tahun hadapan.

Daripada empat perlawanan dihadapi anak-anak buah Osmera Omaro, mereka berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah untuk mengumpul 10 mata keseluruhan bagi mengetepikan cabaran Indonesia.

Lebih positif, Malaysia juga tampil dengan rekod bolos paling sedikit dengan melepaskan empat gol sahaja selain meledak 13 gol secara keseluruhan.

Berikut merupakan faktor-faktor kemenangan yang dicatat Malaysia untuk gah mengetepikan cabaran pasukan tuan rumah di gelanggang lawan.

Pertahanan Malaysia sangat stabil

Malaysia bermula dengan agak perlahan pada awal perlawanan dengan memberi ruang buat Indonesia untuk mendominasi permainan serta mencipta beberapa peluang.

Namun, selepas skuad kebangsaan mendapat gol pertama mereka, Malaysia mula tampil dengan lebih berkeyakinan dan berdisiplin dalam corak permainan untuk menyerap segala asakan pasukan lawan.

Malah, Indonesia seakan tidak menemui rentak yang dicari apabila setiap pemain serangan mereka mudah dirantai oleh barisan pertahanan negara yang memberi fokus penuh sepanjang perlawanan.

Ketajaman barisan serangan negara

Tampil dengan lima gol dilakar skuad kebangsaan pada separuh masa pertama cukup untuk membuktikan Malaysia sangat tajam di bahagian seran pada aksi semalam.

Gandingan Zainurhakimi Zain bersama Anjasmirza jelas memberi dimensi yang sangat positif pada perlawanan tersebut menerusi kualiti gerakan individu dan berada di posisi tepat untuk meledak gol.

Selain itu, kekuatan fizikal setiap pemain serangan negara juga dilihat sangat baik untuk mengetepikan pemain lawan dan mereka juga menampilkan kreativiti untuk mencipta peluang.

Posisi pertahanan lawan terlalu longgar

Walaupun Indonesia kadangkala mendominasi perlawanan dengan baik di bahagian tengah dan serangan pada awal perlawanan, posisi pertahanan mereka jelas memberikan sebaliknya.

Dari segi aspek persefahaman mereka bersama penjaga gol juga agak lemah apabila Malaysia kerap mengeksploitasi perkara tersebut untuk menghasilkan sesuatu apabila ada kesilapan dibuat pasukan lawan.

Lebih mendukacitakan, tiada tekanan-tekanan lebih tinggi diberikan oleh pertahanan lawan buat pemain serangan negara untuk membenarkan Malaysia lebih mudah bergerak ke hadapan dan mempunyai masa mencipta gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN