Skuad Malaysia turun berhadapan dengan Kemboja dalam aksi Kelayakan Piala Asia B-16 edisi 2020.
2020 AFC U-16 Championship Qualifiers Group J Matchday #1 | Wednesday, 18th September 2019
Starting XI
MALAYSIA vs CAMBODIA
National Stadium, Vientiane, Laos 6.30 pm (7.30 pm Malaysia Time)Livestream at https://t.co/Pv1jQpUiXr#FAM #HarimauMalaya #AFCU16Q pic.twitter.com/4W5clVRHUn
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 18, 2019
Skuad bimbingan P. Maniam ternyata terlalu unggul dalam perlawanan ini. Mereka jelas sekali menepati tag pasukan pilihan bagi pertemuan ini.
Malaysia di hadapan seawal minit ke-7 menerusi sepakan penalti oleh Adam Uwais. Ianya selepas penjaga gol Kemboja, Heng Raktanakbandith menjatuhkan pemain negara.
Malaysia terus garang apabila menambah 3 lagi gol sebelum rehat separuh masa pertama.
Adam Farhan menambah gol kedua untuk Malaysia pada minit ke-16, hasil daripada permainan kombinasi yang menarik.
Tidak lama selepas itu pada minit ke-22, Akid Zamri menambah satu lagi gol daripada situasi serangan balas yang melibatkan 2 pemain sahaja, iaitu penjaga gol, Zulhilmi Sharani dan Akid Zamri.
8 minit kemudian Akid Zamri meletakkan Malaysia 4 gol di hadapan. Akid dengan mudah menolak bola ke gawang lawan, dalam keadaan para pertahanan Kemboja kekeliruan dan terleka.
Separuh masa pertama Malaysia mendahului 4-0. Kesemua percubaan tepat Malaysia bertukar menjadi gol.
Bersambung babak kedua, Malaysia terus garang menambah 3 gol lagi menerusi Harry Danish 52’, Nabil Qayyum 64’ dan Khairil Mohd Zain 90’+1.
Malaysia menang besar 7-0. Satu permulaan yang sangat baik untuk skuad B-15.
Syabas!