Kelayakan EURO 2024: ‘Pressing Traps’ Perancis Lemaskan Belanda

Perancis memulakan kempen kelayakan EURO 2024 mereka dengan langkah kanan apabila mudah membenam pasukan Belanda 4-0 dalam aksi peringkat Kumpulan B.

Antoine Griezmann memulakan pesta jaringan Perancis seawal minit ke-2, sebelum Dayot Upamecano menambah luka pasukan pelawat pada minit ke-8 permainan menerusi situasi bola mati, sebelum dua jaringan Kylian Mbappé menutup sisa-sisa harapan pasukan Belanda dalam perlawanan ini.

Meskipun berjaya menjaringkan 4 gol dalam perlawanan ini, namun Perancis dilihat tidaklah mempamerkan corak serangan yang ‘expansive’.

Sebaliknya, mereka banyak mencipta gerakan serangan menerusi transisi permainan yang pantas, sehinggakan tiga daripada empat gol yang dijaringkan mereka dalam perlawanan ini terhasil menerusi situasi transisi serangan.

Namun, apakah pelan taktikal yang digunakan oleh Perancis dalam perlawanan ini dan bagaimanakah mereka melakukannya?

Analisis kami kali ini akan merungkai segala persoalan tersebut.

‘Mid-blocks’ 4-1-3-2

Perancis mengambil pendekatan membina blok pertahanan secara ‘mid-blocks’ dengan struktur 4-1-3-2 setiap kali Belanda memperoleh penguasaan bola.

Organisasi bertahan ini dilakukan untuk menutup akses pasukan lawan ke bahagian tengah, serta membolehkan Perancis melancarkan transisi serangan mereka dengan lebih mudah, pantas dan efektif.

Namun, apa yang menarik mengenai organisasi bertahan Perancis ini adalah elemen ‘jerat tekanan’ yang turut disediakan bersama struktur ‘mid-blocks’ tersebut yang membolehkan Perancis memperoleh semula penguasaan bola, sekaligus melancarkan transisi serangan yang pantas ke atas pasukan lawan.

‘Pressing traps’ yang menjerat lawan

‘pressing traps’ yang disediakan oleh Perancis membolehkan mereka melakukan ‘counter-pressing’ yang berkesan, di mana pemain-pemain mereka akan melakukan tekanan daripada pelbagai sudut secara kolektif, dan tekanan ini kerap kali memberi kesan kepada kualiti permainan pasukan lawan.

Gambar di atas menunjukkan detik awal sebelum gol pertama Perancis dijaringkan. Ketika Belanda cuba membina gerakan serangan mereka daripada penjaga gol, Perancis tidak melakukan sebarang ‘high pressings’, sebaliknya mereka membina blok pertahanan secara ‘mid-blocks’.

 

Terdapat ruang yang ‘sengaja’ ditinggalkan oleh Perancis di bahagian tengah, di mana ianya merupakan salah satu perancangan mereka dalam menyediakan ‘pressing traps’. Kita akan bincangkan perkara ini dengan lebih lanjut sebentar lagi.

Pemain tengah Belanda, Kenneth Taylor turun ke bahagian tersebut untuk membantu ‘ball progression’ pasukannya. Virgil Van Djik tidak teragak-agak untuk memilih Taylor sebagai pilihan hantarannya.

Kenneth Taylor kemudiannya melepaskan hantaran kepada Martin De Roon, di mana pemain-pemain Perancis menjadikan pemain ini sebagai sasaran tekanan ekoran gaya permainannya yang tidak ‘press resistant’.

Sekaligus membolehkan Adrien Rabiot memintas bola, serta meletakkan France berada dalam fasa transisi serangan yang dimulakan oleh larian Kolo Muani.

Namun transisi tersebut berjaya dipatahkan oleh pertahanan Netherlands, yang kemudiannya membawa bola keluar daripada kawasan merbahaya.

Namun, struktur bertahan France secara konsisten menyediakan pressing traps yang efektif, di mana De Roon sekali lagi menjadi sasaran tekanan oleh pasukan France.

Ketika situasi di atas berlaku, sekali lagi Martin De Roon dijadikan sasaran tekanan daripada pemain-pemain Perancis apabila hantaran dilakukan kepada beliau.

Griezman berjaya merampas penguasaan bola daripada pasukan lawan, sekaligus meletakkan France sekali lagi berada dalam fasa transisi serangan.

Kolo Muani melakukan larian dengan bola, seterusnya melebarkan hantaran kepada Mbappe di bahagian sisi.

Griezman bijak menyerang bukaan ruang di antara pemain lawan, sekaligus membolehkan dirinya untuk memperoleh ruang dan masa mencukupi bagi menerima hantaran daripada Mbappe, sekaligus menghasilkan jaringan pertama pasukannya dalam perlawanan ini.

Gol ketiga dan keempat Perancis turut terhasil menerusi gerakan yang sama, iaitu menerusi transisi serangan yang dimulakan oleh ‘pressing traps’ efektif.

Ketika hantaran daripada pemain Belanda dilakukan, struktur ‘pressing traps’ yang dibina membantu persiapan pemain-pemain Perancis untuk melakukan tekanan secara kolektif.

Kehadiran tekanan ini mempengaruhi keputusan yang dilakukan oleh pemain Belanda, mengakibatkan satu hantaran secara terburu-buru ke bahagian belakang dilakukan, di mana Mbappe telahpun bersedia untuk memintas hantaran tersebut, serta meletakkan Perancis berada dalam fasa transisi serangan.

Sekaligus membawa kepda jaringan gol keempat Perancis menerusi serangan balas yang pantas.

Penutup

Bola sepak moden kadangkala boleh menjadi perkara yang subjektif. Anda tidak perlu menyerang secara agresif dalam usaha untuk menjaringkan gol, kerana anda turut mampu melakukannya ketika pasukan sedang bertahan.

Pemahaman yang kukuh tentang prinsip asas menyerang dan bertahan, serta mengoptimumkan peluang transisi serangan serta situasi bola mati akan sentiasa meletakkan pasukan anda di hadapan berbanding pasukan lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN