Wales meraih kemenangan ketiga mereka dalam kempen Kelayakan EURO 2020 selepas menumpaskan Azerbaijan 2-0 di Bakcell Arena, Baku sekaligus mencerahkan peluang mereka untuk layak secara automatik ke kejohanan utama itu.
Wales hadir ke Baku dengan misi wajib menang dan kekalahan akan mengakibatkan terkuburnya peluang mereka untuk layak ke pusingan akhir.
Dua gol pada separuh masa kedua oleh Kieffer Moore dan Harry Wilson sudah cukup untuk memastikan skuad bimbingan Ryan Giggs itu menang di tempat lawan buat kali pertama dalam kempen kali ini dan seterusnya membawa pulang tiga mata berharga.
TEAM PHOTO | 🇦🇿 0-1 🏴 | #AZEWAL
📷 Erm…. #TogetherStronger pic.twitter.com/fxQ6PemEL9
— Wales 🏴 (@Cymru) November 16, 2019
The Dragons ternyata pasukan yang lebih dominan dalam perlawanan ini selepas membuat 20 percubaan ke arah pintu gol tuan rumah dengan Moore mencatatkan 10 percubaan dengan lima daripada adalah percubaan tepat ke arah pintu gol.
Wales memulakan perlawanan dengan rentak positif menerusi percubaan Wilson dan Joe Morrell. Moore kemudian menanduk masuk gol pertama Wales pada minit ke-10 selepas memanfaatkan sepakan sudut yang diambil Wilson.
Selepas 34 minit perlawanan berlangsung, Daniel James yang beraksi di sayap kiri membuat larian ke dalam dan membuat rembatan menerusi kaki kanannya yang terkena palang gol dan tiang.
Big win! Back to Cardiff and on to Tuesday! 👊🏼🏴 #TogetherStronger pic.twitter.com/JX6gxlWTj3
— Gareth Bale (@GarethBale11) November 16, 2019
Wilson yang berada di tempat dan masa yang tepat sekadar menolak masuk bola ke dalam gawang yang sudah ternganga luas untuk menggandakan kedudukan pasukan pelawat.
Azerbaijan cuba untuk bangkit sebelum tamat babak pertama selepas Dmitrij Nazarov mendakwa rembatannya ke arah gol terkena tangan Tom Lockyer di dalam kotak penalti. Namun demikian, pengadil dari Jerman, Deniz Ayketin mengabaikannya.
Wilson dan Moore kemudian berpeluang menambah kelebihan Wales pada awal separuh masa kedua dan gol tandukan Tom Lockyer dari jarak dekat turut dibatalkan pengadil kerana terdapat kekasaran oleh Ethan Ampadu.
A great night for @Cymru boss Ryan Giggs.
Speaking to @SkySports post-match, the boss pointed to be being able to bring Gareth Bale off fairly early and avoiding bookings to some of his best players as key, ahead of the Hungary clash on Tuesday. pic.twitter.com/mn2mj5D250
— Sky Sports Football (@SkyFootball) November 16, 2019
Aaron Ramsey diberi peluang beraksi buat kali pertama dalam tempoh hampir setahun selepas dimasukkan menggantikan Gareth Bale bagi untuk memastikan kapten pasukan itu cergas untuk perlawanan terakhir kelayakan menentang Hungary di Wales pada Selasa.