Kelayakan Euro 2020: England Sahkan Tempat Ke Pusingan Akhir Selepas Belasah Montenegro

England

England mengesahkan tempat ke pusingan akhir Euro 2020 selepas membelasah Montenegro 7-0 pada aksi kumpulan A yang berlangsung di Stadium Wembley, awal pagi tadi.

Di samping ledakan hatrik oleh Harry Kane, lebih menarik untuk diperkatakan adalah kemenangan besar itu menjelma pada aksi ke-1000 buat skuad kebangsaan England.

Skuad bimbingan Gareth Southgate itu nyata bukan tandingan Montenegro apabila England mendahului 5-0 pada separuh masa pertama.

Alex Oxlade-Chamberlain memulakan pesta jaringan England selepas rembatan dari jarak dekat selepas menerima hantaran daripada Ben Chilwell pada minit ke-11 berjaya menewaskan penjaga gol, Milan Mijatovic.

Kane melebarkan kedudukan pada minit ke-19 setelah menanduk masuk bola susulan sepakan percuma oleh Chilwell dari sebelah kanan pintu gol Montenegro.

Berselang lima minit kemudian, Chilwell terus cemerlang dengan satu lagi bantuan jaringan hasil sepakan sudutnya yang ditanduk Kane bagi menjadikan kedudukan 3-0.

Marcus Rashford mencetak nama selaku penjaring gol keempat pada minit ke-30 sebelum Harry Kane melengkapkan hatrik ketika aksi separuh masa pertama berbaki lapan minit untuk ditamatkan.

Luka Montenegro semakin parah pada minit ke-66 apabila Aleksandar Sofranac tertampan bola ke gawang sendiri dalam cubaannya untuk menyelamatkan keadaan kelam-kabut di hadapan gawang.

Penyerang muda, Tammy Abraham melengkapkan malam gemilang buat England dengan gol ketujuh perlawanan sekaligus merupakan gol sulung buatnya bersama skuad kebangsaan England.

Dalam pada itu, Republik Czech yang juga berada dalam saingan kumpulan A akan mengiringi England ke Euro 2020.

Kredit foto: England football team

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN