Skuad Three Lions melakukan permulaan sempurna dalam kempen kelayakan Euro 2020 apabila melakar kemenangan bergaya 5-1 terhadap Montenegro. Begitu juga dengan juara Piala Dunia 2018, Perancis apabila mudah menewaskan Iceland, 4-0 di Stade De France awal pagi tadi.
England membuktikan mengapa mereka layak dilabel sebagai pasukan pilihan bagi menjuarai kempen Euro tahun depan biarpun terlebih dahulu ketinggalan menerusi jaringan Marko Vesovic minit ke-17.
FT
Another ⚽⚽⚽⚽⚽ for the #ThreeLions!
Montenegro 1-5 England#MONENG reaction: https://t.co/pLPxO80hBR #EURO2020Qualifiers pic.twitter.com/pHA8BnoB5A
— BBC Sport (@BBCSport) March 25, 2019
Michael Keane kembali menyamakan kedudukan buat pelawat menerusi tandukan pada minit ke-30.
Anak buah Gareth Southgate kemudian berpesta gol selepas itu menerusi dua jaringan Rose Barkley minit ke-39 dan 59, Harry Kane (71) dan Sterling (81).
GOAL! And @Sterling7 gets his goal!@England have FIVE in Montenegro!
Watch live on @ITV pic.twitter.com/sXNmvakahN
— ITV Football (@itvfootball) March 25, 2019
Pemain muda England berusia 18 tahun, Callum Hudson-Odoi yang tidak pernah beraksi dalam kesebelasan utama Chelsea turut diberi kepercayaan membarisi kesebelasan skuad Three Lions selain Declan Rice yang membuat penampilan pertama.
“Dia menunjukkan prestasi yang menakjubkan. Kamu boleh lihat bakat dimilikinya dan dia perlu teruskan prestasi seperti itu,” kata Southgate mengulas mengenai prestasi ditunjukkan Hudson-Odoi.
Callum Hudson-Odoi's game by numbers vs. Montenegro:
100% tackles won
90% passing accuracy
79 touches
5 take-ons won
3 chances created
2 shots
1 shot on target
1 interception
1 assistA memorable first England start. 🦁 pic.twitter.com/nwA8UvevmB
— Squawka (@Squawka) March 25, 2019
Bagaimanapun, kemenangan England dicemari dengan isu perkauman apabila Raheem Sterling meraikan gol kelima pelawat dengan menutup telinganya di hadapan penyokong tuan rumah.
“Cara terbaik untuk menutup mulut pengkritik (dan ya, saya maksudkan orang yang rasis),” kata Sterling menerusi akaun Twitter miliknya.
Best way to silence the haters (and yeah I mean racists) 🙉😘 #2019 #getsomeeducation pic.twitter.com/ohhkOJtdey
— Raheem Sterling (@sterling7) March 25, 2019
Southgate bagaimanapun mengakui turut mendengar sorakan berbaur perkauman yang ditujukan terhadap Danny Rose dan berjanji akan membuat laporan kepada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengenai perkara itu.
“Saya mendengarnya dengan jelas ketika Danny Rose dilayangkan kad kuning pada minit akhir perlawanan.
“Kami akan pastikan perkara ini akan dilaporkan kepada UEFA kerana perkara seperti ini tidak boleh diterima. Kami perlu pastikan kami memberi sokongan kepada pemain kami,” katanya.
"When Danny Rose was booked at the end of the game I definitely heard racist chanting behind me."
Gareth Southgate says @England will report racist chanting he heard directed at his players during his side’s 5-1 Euro 2020 win in Montenegro: https://t.co/Y1NULXjt3K pic.twitter.com/Y6QvJZUEIo
— Sky Sports News (@SkySportsNews) March 25, 2019
Sementara itu, bintang Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe menjaringkan satu gol dan merencana dua gerakan bagi membantu skuad Les Bleus membelasah Iceland dengan jaringan 4-0.
Kemenangan itu menyaksikan Les Bleus melonjak ke tangga teratas Kumpulan H kempen kelayakan Euro 2020.
OH MY GOD, that backhell assist from Mbappe is super special, brilliant from the PSG forward and Griezmann with a class finish. 4-0 to France against Iceland. 2 assists from Mbappe and that says that he’s more than just a goal scorer. #FRAICE pic.twitter.com/dRZ1cuvKA4
— footballnews (@footynews34) March 25, 2019
Perancis kini mendahului dengan enam mata hasil dua kemenangan daripada dua perlawanan pertama, berada di depan Turki yang turut melakar kemenangan 4-0 terhadap Moldova tetapi dipisahkan menerusi perbezaan jaringan.
“Ia adalah matlamat kami untuk mengutip enam mata,” kata pengendali Perancis, Didier Deschamps.
Deschamps memuji persembahan ditunjukkan barisan pemainnya yang kreatif mengatur serangan menentang pasukan seperti Iceland yang terkenal dengan corak permainan bertahan.
Throwback to this absolute classic between France and Iceland at EURO 2016 ⏪
They meet again today 🔥 pic.twitter.com/zARKpi7M0j
— B/R Football (@brfootball) March 25, 2019
“Apabila pihak lawan bermain secara bertahan, ia pasti sukar untuk menembusinya. Jadi, ini adalah petanda yang positif untuk pasukan,” katanya yang turut menyedari keletihan barisan pemain Iceland pada minit akhir perlawanan turut menjadi faktor kemenangan anak buahnya.
Dia juga berpuas hati dengan prestasi ketiga-tiga penyerang utamanya, Mbappe, Antoine Griezmann dan Oivier Giroud – yang turut menjaringkan gol.
GOOOAL, France as Olivier Giroud scores to give the blues 2-0 lead against Iceland. Moments before the goal look that rabona skill from Kylian Mbappe, just magnificent. #FRAISL pic.twitter.com/diSEVnhFXk
— footballnews (@footynews34) March 25, 2019
“Mereka adalah juara dunia dan kamu dapat melihatnya hari ini,” kata pengendali Iceland, Erik Hamren. “Lima percubaan ke arah pintu gol dan mereka menjaringkan empat gol. Itu persembahan bertaraf dunia.”
Skuad Les Bleus mendahului seawal minit ke-12 menerusi jaringan Samuel Umtiti sebelum Giroud meledak gol kedua minit ke-68 diikuti Mbappe (m78) dan Griezmann (m84)