Kemenangan 4-1 Belgium ke atas Rusia melebarkan rekod kemenangan 100 peratus mereka kepada sembilan perlawanan dan memastikan pasukan berkenaan menamatkan kempen Kelayakan EURO 2020 selaku juara kumpulan I.
Sebelum perlawanan, kedua-dua pasukan sudah pun menempah tempat ke pusingan akhir lebih awal. Dua gol dari Eden Hazard dan satu masing-masing dari Thorgan Hazard dan Romelu Lukaku memastikan 27 mata maksimum dari sembilan perlawanan berjaya digenggam.
OFFICIALLY WINNERS OF THE GROUP!
L'union fait la force. 🇧🇪
Eendracht maakt macht. 🇧🇪
Einigkeit macht stark. 🇧🇪#comeonbelgium #TÔTOUTARD pic.twitter.com/p8wT8aQQhF— Thomas Meunier (@ThomMills) November 16, 2019
Permainan bermula dengan aksi rancak oleh kedua-dua pasukan. Namun pada minit ke-19, gandingan adik beradik Hazard berjaya menghasilkan gol pertama Belgium selepas Eden Hazard membuat hantaran kepada adiknya, Thorgan yang disudahkan dengan rembatan padu tepat ke penjuru gawang.
Eden Hazard kemudian menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-33 menerusi rembatan voli rendah menewaskan penjaga gol Rusia kelahiran Brazil, Guilherme. Penyerang Real Madrid itu menambah satu gol lagi sebelum tamat separuh masa pertama hasil hantaran Kevin De Bruyne.
🗣️ "It's nice to play with your brother, especially when he scores & I score." 😀@hazardeden10 + @HazardThorgan8 = ⚽️⚽️⚽️#EURO2020 | @BelRedDevils pic.twitter.com/DhGtilb1HO
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) November 16, 2019
Lukaku kemudian menghukum pasukan tuan rumah dengan gol keempat pada minit ke-72. Ia merupakan gol ke-52 Lukaku bersama skuad kebangsaan. 11 minit sebelum tamat masa permainan, tuan rumah menjaringkan gol saguhati oleh Georgi Dzhikiya.
Belgium akan berdepan Cyprus untuk perlawanan terakhir mereka sementara Rusia pula akan menutup kempen kalayakan ini menentang San Marino. Kedua-dua perlawanan akan berlangsung pada Selesa.