Kelayakan CEO Baharu TFC Gembirakan Penyokong Terengganu

CEO TFC
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Terengganu Football Club (TFC) hari ini telah melantik individu yang cukup arif dalam kancah bola sepak di Terengganu, Ab Rasid Bin Jusoh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab tersebut.

Perkembangan terbaharu yang dilihat mendapat reaksi positif sebahagian besar penyokong kelab tersebut telah diumumkan laman Facebook rasmi TFC, sebentar tadi.

Pelantikan Ab Rasid bagi mengepalai Terengganu Football Club Sdn Bhd itu disifatkan oleh para penyokong TFC sebagai keputusan yang tepat berikutan pengalaman luas dimilikinya.

Lebih menguatkan lagi kenyataan tersebut, Ab Rasid merupakan lepasan Sarjana Pengurusan Sukan, Curtin University Perth, Australia dan turut pernah bergelar CEO bagi pasukan T-Team bermula tahun 2013 hingga 2016.

Beliau juga bukanlah individu asing dalam bola sepak di Terengganu apabila mula bertindak selaku Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) selama dua tahun (2006 hingga 2008) serta Naib Presiden pada 2015 hingga 2017.

Selain itu, beliau juga merupakan bekas pemain Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan turut pernah merasai pengalaman beraksi di pentas Kejohanan Universiti Asian 1992.

Kenyataan dikeluarkan TFC turut menyebut kejayaan dalam kejohanan yang disertai sentiasa menjadi teras utama bagi kelab tersebut dan ia memerlukan penstrukturan kukuh dari pelbagai sudut.

Dalam pada itu, Ab Rasid tanpa berselindung mengakui bahawa tanggungjawab baharu yang bakal digalas itu sememangnya bukanlah tugas mudah untuk dilaksanakan.

”Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan ianya merupakan tanggungjawab yang besar perlu dipikul bagi menerajui Terengganu Football Club Sdn Bhd ini.”

Dalam perkembangan sama, Terengganu Football Club Sdn Bhd turut melantik Mohd Sabri bin Abas sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).

Kredit featured image:Terengganu Football Club

 

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN