Kelayakan AFC B19 : Bojan Bawa 23 Pemain Terbaik Ke Korea Selatan

Semalam laman facebook rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Bojan Hodak menyenaraikan barisan 23 pemain yang dipilih untuk membawa cabaran negara di Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2018 di Paju, Korea Selatan dari 31 Oktober hingga 8 November 2017 ini.

Daripada senarai itu, hanya 20 pemain yang membantu Malaysia muncul naib juara Kejuaraan B-18 AFF 2017 di Yangon, Myanmar, September lalu telah dikekalkan.

Bojan turut menggugurkan tiga pemain iaitu Faizal Hafiq Omar (Piala Belia Kuala Lumpur), Qamarul Ariffin Norhisham (Piala Belia Kuala Lumpur) dan Awang Faiz Hazziq Awang Fathi (Piala Presiden JDT III).

Tiga muka baharu yang dikenalpasti sepanjang kem latihan pusat dan pemilihan di Wisma FAM, Kelana Jaya sejak 5 Oktober lalu telah disenaraikan iaitu Zhafir Yusoff (Piala Presiden Kedah), K Thivandaran (Piala Presiden Pulau Pinang) dan Al Imran Abdul Halim (Liga IPT – UiTM).

Skuad B-19 kebangsaan dijadual berlepas ke Korea Selatan pada Sabtu ini (28 Oktober) bagi menghadapi empat perlawanan kelayakan Kumpulan F itu berdepan Timor-Leste pada 31 Oktober, Brunei pada 4 November, Indonesia pada 6 November dan tuan rumah, Korea Selatan pada 8 November.

Mengikut format kelayakan, kesemua 10 pasukan juara kumpulan (A-J) layak automatik ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Indonesia pada Oktober 2018 bersama-sama lima pasukan terbaik dari kalangan 10 pasukan naib juara kumpulan. (6 pasukan terbaik jika Indonesia muncul juara atau di kalangan lima pasukan terbaik naib juara kumpulan).

Menurut rekod, Malaysia mempunyai 6 penampilan dalam kejohanan AFC U19. Pencapaian terbaik Malaysia ialah naib juara kejohanan AFC U19 pada tahun 1959. 1960 dan 1968.

Selain itu, Malaysia juga pernah meraih tempat ke 3 pada tahun 1964 dan 1965. Selepas itu, skuad negara masih gagal layak secara merit selepas tahun 1990.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN