Kelayakan AFC B-23: Safawi Rasid Kembali Perkuatkan Pasukan Malaysia

My Dinh

Bagi menghadapi kelayakan AFC B-23 2020 yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 22 hingga 26 Mac ini, ketua jurulatih skuad Malaysia B-23, Datuk Ong Kim Swee telah memanggil 27 pemain untuk menyertai kem latihan pusat bermula hari Ahad ini, 10 Mac 2019.

Daripada 27 pemain tersebut, 21 pemain adalah daripada skuad Malaysia B-22 yang beraksi pada Kejuaraan B-22 AFF 2019 di Phnom Penh, Kemboja, bulan lalu.

Senarai pemain yang dipanggil sertai kem latihan pusat skuad Malaysia B-23.

Kim Swee turut memanggil enam pemain baharu termasuk empat pemain yang beraksi bersama skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe pada Piala Suzuki AFF 2018 iaitu Syamer Kutty Abba, Akhyar Abdul Rashid, Safawi Rasid dan Syahmi Safari, serta dua lagi pemain iaitu Danial Amir Norhisham dan Faisal Abdul Halim.

Pemain JDT yang terlibat dengan perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada hari Selasa ini, 12 Mac 2019 akan melapor diri pada hari Rabu, 13 Mac 2019 manakala pemain yang terlibat dengan perlawanan Liga Super dan Liga Premier pada hari Ahad, 10 Mac 2019 dikehendaki melapor diri pada hari Isnin, 11 Mac 2019.

Menurut kenyataan rasmi FAM, skuad B-23 kebangsaan ini akan menjalani latihan selama tujuh hari di Padang Latihan Sime Darby, Bukit Jelutong, Shah Alam sebelum diuji pada satu perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu skuad Australia B-23 di Stadium Shah Alam pada 17 Mac 2019.

Sesi latihan skuad Malaysia B-23 di Wisma FAM. FOTO: FAM

Selepas perlawanan persahabatan tersebut, 23 pemain akhir akan diumumkan membawa cabaran Malaysia dalam saingan kelayakan AFC B-23 dalam Kumpulan J bermula dengan aksi bertemu Filipina pada 22 Mac (Jumaat), diikuti aksi menentang Laos pada 24 Mac (Ahad) dan China pada 26 Mac (Selasa), ketiga-tiga perlawanan ini berlangsung di Stadium Shah Alam, jam 8.45 malam.

Hanya juara setiap kumpulan bagi saingan kelayakan ini (11 pasukan) akan layak secara automatik ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2020 bersama tuan rumah, Thailand manakala hanya empat/lima pasukan tempat kedua terbaik akan turut layak bagi melengkapkan senarai 16 pasukan.

Malaysia menyasarkan untuk layak ke peringkat akhir di Thailand dimana ia menawarkan slot ke sukan olimpik Tokyo 2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN