Malaysia merehatkan beberapa pemain utama dalam perlawanan ini. Datuk Ong Kim Swee kelihatan agak yakin akan mendapat keputusan dalam perlawanan ‘must win’ dan ‘winnable’ ini.
Separuh masa pertama
Nik Azli dilayangkan kad kuning awal kerana melakukan simulasi. Beliau kemudian melakukan percubaan deras yang tepat ke dakapan penjaga gol lawan.
Pada minit ke-13, Akhyar Rashid mendapat peluang keemasan apabila menerima bola dalam keadaan tidak dikawal – namun percubaan beliau tersasar.
2 minit kemudian giliran Vanna melakukan percubaan untuk Laos melakukan percubaan dari jarak jauh. Haziq tenang menangkap bola.
Haziq kemudian diuji oleh Vannasone Douangmaity. Haziq yang sudah tertewas – tetapi bola terkena palang gol. Malaysia mendapat peluang terakhir sebelum wisel penamat separuh masa pertama. Namun sungkitan Faizal Halim tersasar.
Bersambung babak kedua, Laos terus melakukan ancaman menerusi percubaan deras Kaharn Phetsivila. Haziq bekerja keras untuk melakukan ‘save;.
Selepas segalanya serba tak kena, Datuk Ong Kim Swee memasukkan Jafri Chew dan Safawi Rasid pada minit ke-54.
Minit ke-64,Bounphachan Bounkong melakukan percubaan lencong yang ditepis Haziq Nadzli.
Minit ke-70, Safawi melakukan percubaan tepat pertama beliau yang terus ke dakapan penjaga gol. 5 minit selepas itu, Jafri Chew dihadang oleh pemain Laos – dengan penjaga gol Laos hanya mampu melihat bola melepasi beliau.
Pada minit ke-82, Safawi Rasid melakukan percubaan lencong menerusi sepakan percuma. Bola terkena bucu gol dan melantung pada penjaga gol.
Pada masa kecederaan Safawi Rasid melakukan percubaan dari dalam kotak penalti.
Tiada tambahan gol dilakukan. Malaysia menang 1-0 ke atas Laos.
Keputusan ini bermakna Malaysia berada di tangga ke-2 dengan mata yang sama dengan China. Namun dari segi perbezaan jaringan China terlalu unggul.