Kelayakan AFC B-23: Perlawanan Menentang Australia Medan Untuk Memilih 23 Pemain Terbaik

Skuad bawah 23 tahun negara (B-23) bakal diuji menentang skuad Australia B-23 dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, Ahad ini sebagai persiapan menghadapi kelayakan AFC B-23 pada 22 hingga 26 Mac.

Perlawanan itu merupakan medan untuk pengendali pasukan, Datuk Ong Kim Swee menamakan senarai akhir 23 pemain bagi membawa cabaran Malaysia dalam saingan kelayakan tersebut.

Enam pemain melengkapkan senarai 27 pemain yang dipanggil menjalani latihan di Padang Latihan Sime Darby, Bukit Jelutong, Shah Alam, semalam. Lima pemain JDT iaitu Haziq Nadzli, Dominic Tan, Syamer Kutty Abba, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid turut menyertai latihan pasukan yang sudah bermula sejak Ahad lalu.

Bagaimanapun penyerang utama skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Hadi Fayyadh Abdul Razak, dilaporkan mengalami sedikit kecederaan sehingga terpaksa menangguhkan penerbangan pulang dari Jepun ke tanah air kelmarin.

Hadi Fayyadh baru tiba melapor diri semalam. FOTO: FAM

Hadi antara tonggak harapan Kim Swee untuk tugasan kali ini selepas pemain kelab liga J2, Fagiano Okayama, itu tampil menyerlah dalam Kejohanan AFF B-22 di Kemboja, Februari lalu.

Menurut laporan daripada Stadium Astro, difahamkan Hadi mengalami kecederaan itu ketika beraksi dalam satu perlawanan persahabatan bersama kelab Fagiano Okayama.

“Hadi telah beraksi dalam perlawanan persahabatan dan mengalami kecederaan. Fagiano telah mengambil inisiatif memastikan rawatan diberikan kepada Hadi dan dia dijangka tiba di Malaysia lewat malam ini (semalam),” kata Kim Swee.

Safawi Rashid turut memperkuatkan pasukan. FOTO: FAM

Sementara itu, pemain pertahanan Selangor, Syahmi Safari menyifatkan kehadiran beberapa muka baharu yang menyerlah ketika dalam saingan Piala AFF B-22 bulan lalu memberikan saingan yang sihat untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Kami akan bersaing terlebih dahulu dan melakukan yang terbaik sebelum memikirkan sama ada terpilih beraksi bersama pasukan.

“Jika setiap pemain memberikan yang terbaik, tidak mustahil Malaysia melangkah ke pusingan akhir Kejohanan AFC,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN