Kelayakan AFC B-23: Ong Kim Swee Mengisytiharkan Misi Wajib Menang

kim swee

Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) tiada pilihan lain untuk memastikan tiket beraksi di pusingan akhir kejohanan AFC B-23 tahun depan menjadi milik negara apabila berdepan pencabar terkuat, China di Stadium Shah Alam malam ini.

Berdasarkan format pertandingan, mereka wajib menang untuk layak secara automatik sekaligus menghidupkan peluang memburu slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Situasi itu berlaku selepas mereka gagal mencatat kemenangan besar ke atas Laos dimana jumlah jaringan memainkan peranan yang penting untuk menentukan slot melalui kedudukan tempat kedua terbaik.

Pengendali skuad itu, Datuk Ong Kim Swee bagaimanapun tidak mahu terlalu memikirkan tentang format pertandingan sebaliknya berharap anak buahnya memberi tumpuan sepenuhnya untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia.

“Saya tidak ingin memikirkan mengenai format saingan, kemenangan menjadi keutamaan dan ia sesuatu yang tidak mustahil untuk dilakukan. Tetapi kami perlu menyediakan pelan jika gagal meraih kemenangan dalam perlawanan ini,” katanya dalam Stadium Astro.

FOTO: FAM

Namun, China dilihat bukan lawan yang mudah selepas merekodkan 13 gol dalam 2 perlawanan dan Kim Swee membayangkan akan menurunkan barisan terkuat menghadapi skuad kendalian Guus Hiddink.

“Untuk mengatasi China menerusi jumlah jaringan (ketika berdepan Laos), kami memerlukan 11 gol tetapi adakah ia satu keperluan untuk mengambil risiko menurunkan barisan yang telah kerap beraksi sementara kami bakal menghadapi aksi bertemu China?” ujarnya.

Menjelang sesi latihan terakhir sebelum menghadapi China, Kim Swee mengambil pendekatan untuk membuat persiapan secara tertutup semalam tanpa memberikan ruang kepada pihak media melakukan liputan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN