Kelayakan AFC B-23: Guus Hiddink Anggap Malaysia Lawan Yang Sukar

Jurulatih skuad bawah 23 tahun China, Guus Hiddink, mengakui mereka akan berdepan ujian yang sebenar apabila dijadualkan bertemu Malaysia untuk aksi ketiga kempen kelayakan AFC B-23 di Stadium Shah Alam esok.

Skuad China berada di kelas tersendiri selepas meraih 2 kemenangan besar 5-0 dan 8-0 ke atas Laos dan Filipina sekali gus mencerahkan peluang untuk beraksi di pusingan akhir AFC B-23 di Thailand tahun depan.

Manakala skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee memilih jalan yang sukar kerana perlu menang ke atas China untuk menghidupkan peluang memburu slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Hal ini kerana slot kedudukan tempat kedua terbaik belum terjamin milik negara kerana ketika ini Australia, Myanmar, Iran dan Syria berada dalam kedudukan 4 teratas selepas Malaysia gagal mencatat kemenangan besar ke atas Laos.

Justeru itu, Hiddink menjangkakan perlawanan esok bakal memberikan cabaran buat skuad bimbingannya dan beliau tidak sabar untuk beradu kekuatan taktikal dengan Ong Kim Swee.

“Saya telah menonton perlawanan Malaysia dan saya akui mereka merupakan pasukan yang berkualiti ketika menyerang. Mereka dibarisi pemain yang mempunyai kemahiran tinggi dan satu cabaran yang baik buat pasukan,” kata Hiddink dalam The Star Online.

“Saya tahu mereka telah menewaskan beberapa pasukan gergasi seperti Arab Saudi dan Korea Selatan, ia akan menjadi ujian yang terbaik untuk anak buah saya,” ujarnya.

FOTO: FAM

Ketika ditanya mengenai siapakah pemain Malaysia yang menjadi ancaman terbesar China, Hiddink telah mengenalpasti seorang pemain di bahagian serangan tetapi tidak mampu menyebut namanya.

“Pemain Malaysia mampu memberi masalah kepada kami. Saya tidak dapat menyebut namanya kerana sebutan dalam bahasa anda susah. Saya akan pecahkan lidah saya,” katanya dalam nada jenaka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN