Kelayakan AFC B-19: Malaysia Miliki Kelebihan Juarai Kumpulan Selepas Thailand Dikejutkan Kemboja

Skuad Bawah-18 tahun negara memiliki peluang cerah untuk muncul juara Kumpulan G sekaligus melayakkan diri ke Kejohanan AFC B-19 pada tahun hadapan selepas Thailand dikejutkan oleh Kemboja dalam satu lagi perlawanan semalam.

Thailand tewas 2-1 kepada Kemboja pada malam tadi sekali gus memberi kelebihan kepada skuad kendalian Brad Maloney berada di kedudukan teratas kumpulan dengan kelebihan tiga mata.

Malaysia dan Thailand sebelum ini menang bergaya dengan membelasah Brunei dan juga Kepulauan Marian Utara untuk sama-sama mengumpul enam mata.

លទ្ធផលចប់ការប្រកួត
AFC U-19 Championship 2020 Qualifiers, ពូល G
កម្ពុជាអាយុក្រោម១៩ឆ្នាំ ២:១ ថៃអាយុក្រោម១៩ឆ្នាំ
ថ្ងៃទី៨…

Posted by សហព័ន្ធកីឡាបាល់ទាត់កម្ពុជា on Friday, November 8, 2019

Namun kejayaan Malaysia menewaskan Kepulauan Marian Utara 10-0 dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal, kini bermakna Thailand berada di dalam tekanan – selepas berada di tangga ketiga kumpulan atas faktor rekod pertemuan menentang Kemboja.

Kemboja mendahului Thailand 2-0 pada babak pertama perlawanan hasil jaringan Met Samel pada minit ke-16 perlawanan, sebelum giliran Sieng Chanthea menggandakan kedudukan buat negaranya pada minit ke-25 perlawanan.

#Changsueklive ตารางคะแนนของทัพช้างศึก U19 ในฟุตบอลรายการชิงเเชมป์เอเชียรุ่นอายุไม่เกิน 19 ปี 2020 รอบคัดเลือก กลุ่ม จี…

Posted by ช้างศึก on Friday, November 8, 2019

Thailand hanya berjaya menembusi gawang Kemboja pada minit ke-80 perlawanan, sebelum Kemboja berjaya mempertahankan kelebihan untuk tiga mata berharga.

Juara setiap kumpulan beserta empat naib juara terbaik dari kalangan lapan kumpulan akan layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 pada tahun hadapan.

Mengambil kira kedudukan sekarang, Thailand harus berharap Kemboja akan keciciran mata pada aksi terakhir menentang Brunei esok.

Pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 pada tahun hadapan akan diadakan di Uzbekistan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN