Malaysia menewaskan Kemboja 5-4 dalam perlawanan pembukaan pusingan kelayakkan Kejohanan AFC Bawah-19 2020 di Phnom Penh semalam.
Pasukan negara mendahului 3-0 pada babak pertama perlawanan, dan pada satu ketika mendahului 5-2 ketika perlawanan berbaki 15 minit untuk ditamatkan. Namun dua gol lewat babak permainan dari pasukan tuan rumah menjadikan perlawanan itu menjadi getir menuju ke wisel penamat.
Shafi Azswada memberikan pasukan muda negara gol pendahuluan selepas perlawanan berlangsung selama 30 minit, sebelum Fakrul Iman melebarkan kedudukan kepada 2-0 pada minit ke-40.
Azrin Afiq menjaringkan gol ketika Malaysia pada minit akhir babak pertama, memberi indikasi Malaysia akan menang mudah untuk tiga mata pertama di kempen kelayakan ini.
2020 AFC U19 Championship Qualifiers Match 1 | Saturday, 2 November 2019
Full Time
Cambodia 4-5 Malaysia
Met Samel 61’ Chea Sokmeng 65’ Ry Leap Pheng 77’ Soeuth Nava 88’
Shafi Azswad 30’ Fakrul Iman 40’ Azrin Afiq 43’ Luqman Hakim 67’ Muslihuddin Atiq 74’#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/o9bk6H9yPr
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 2, 2019
Namun Kemboja tampil lebih bertenaga pada babak kedua perlawanan dan menjaringkan dua gol pada minit ke-61 dan ke-65 perlawanan melalui Met Samel dan Chea Sokmeng.
Kemudian giliran Luqman Hakim menggamankan penonton yang hadir di Stadium Olimpik Pnom Penh dengan rembatan dari jarak 50 meter untuk memberi kelebihan dua gol kepada Malaysia.
Muslihuddin Afiq menjadikan kedudukan 5-2 pada minit ke-74, sebelum Kemboja tampil dengan semangat melawan luar biasa melalui jaringan Ry Leap Pheng pada minit ke-77, dan Soeth Nava menjadikan kedudukan 5-4 pada minit ke-88 perlawanan.
Namun masa tidak menyebelahi skuad muda Kemboja selepas itu, dan tiga mata berharga menjadi milik pasukan negara.
Saksikan rangkuman perlawanan yang kami kongsikan melalui pautan di bawah: