Kelayakan AFC B-19 2020: Malaysia Ledak 11 Jaringan Atasi Brunei

Malaysia

Skuad negara mencatatkan kemenangan kedua pada aksi Pusingan Kelayakan Kejuaraan AFC Bawah 19 (B-19) selepas membelasah Brunei 11-0 di Phnom Penh, Kemboja sebentar tadi.

Seperti dijangka, skuad negara tidak berdepan masalah untuk meraih tiga mata penuh meskipun barisan pemain Brunei bertahan dengan baik pada 16 minit awal sehingga menyukarkan jentera serangan yang diketuai Luqman Hakim Shamsudin.

Namun, segalanya berubah seminit kemudian selepas Muhammad Azrin Afiq Rusmini meledakkan rembatan padu dari luar kawasan penalti yang gagal dihalang penjaga gol Brunei, Abdul Taufik Talip bagi membuka tirai jaringan.

Selepas itu, Luqman Hakim membuktikan kualiti yang dimilikinya apabila beliau meledakkan hatrik pantas dalam tempoh tiga minit [minit ke-21, 22 dan 23].

Jaringan hatrik tersebut dimulakan dengan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan penyerang berusia 17 tahun itu.

Anak buah Brad Maloney itu terus bernafsu memburu jaringan dan gol kelima terhasil di minit ke-21 setelah rembatan jarak jauh diledakkan Syafiq Aszwad Sapari gagal ditangkap kemas Taufik lalu Muhammad Azam Azmi Murad meluru pantas untuk menolak bola masuk ke gawang Brunei.

Tidak cukup dengan jaringan tersebut, skuad muda negara menambah dua lagi jaringan pada minit ke-39 dan 41 menerusi Mohd Aiman Afif Md Afizul dan Luqman Hakim.

Memasuki babak kedua, Luqman terus menjadi masalah buat pertahanan Brunei menyebabkan pemain kelahiran Kota Bharu itu dikasari dalam kawasan penalti oleh Mohammad Nazry Aiman sekaligus menghadiahkan satu lagi sepakan penalti buat Malaysia.

Ketua pasukan, Harith Haiqal Adam Afkar yang mengambil sepakan tidak bermasalah dalam mengukuhkan lagi kelebihan buat skuad negara pada minit ke-59.

Hanya berselang seminit kemudian, kedudukan terus berubah setelah Azam Azmi menghasilkan gol kesembilan skuad negara yang juga merupakan jaringan kedua peribadinya pada perlawanan ini.

Sedar kelebihan jaringan besar mampu membantu skuad negara, Aiman Afif menyambar dengan baik peluang hasil hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol Brunei pada minit ke-84.

Aiman terus cemerlang dengan melengkapkan hatrik pada minit ke-92 susulan kesilapan pertahanan Brunei yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, sekaligus menutup pesta jaringan skuad negara.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN