Kelayakan ACL2020: Kedah Rebah Di Tangan FC Seoul

Pengembaraan Kedah di peringkat Asia terhenti di Korea Selatan apabila dimalukan oleh FC Seoul dengan jaringan 4-1 di Stadium Piala Dunia Seoul.

Separuh masa pertama menyaksikan Kedah bertahan bermati-matian seawal 10 minit pertama apabila mereka diserang pasukan tuan rumah, mujur Shahril Saari yang melakukan penampilan pertama untuk Helang Merah berjaya menghalang semua percubaan.

Namun begitu, kesilapan Renan Alves yang menyentuh bola menggunakan tangan selepas ditolak Amin Nazari dalam situasi sepakan penjuru mengundang padah apabila beliau dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua dan seterusnya dibuang padang.

Bekas pemain Arsenal, Park Chuyong dengan mudah menjaringkan sepakan penalti pada minit ke-38 untuk memberikan pendahuluan buat pasukan FC Seoul.

Kedah memperoleh peluang menjaringkan gol penyamaan di lewat separuh masa pertama tetapi lambungan Tchetche Kipre tidak berjaya memerangkap penjaga gol Yu Sanghoon yang menepis bola keluar.

Bersambung babak kedua, FC Seoul meneruskan usaha untuk mencari gol tambahan dan hasilnya pada minit ke-49 selepas Park Dongjin menanduk masuk bola ke dalam gawang Kedah.

Rizal Ghazali yang cuba menghalang jelas sukar untuk menafikan penyerang itu untuk memperoleh gol pertamanya di peringkat Asia musim ini.

Kedah seolah-olah diberikan peluang untuk bernafas apabila Osmar Barba tertolak bola ke gawang sendiri hasil daripada sepakan percuma Baddrol Bakhtiar pada minit ke-52.

Akan tetapi Osmar kembali menebus kesilapannya itu apabila menjaringkan sepakan percuma cantik dari luar kotak penalti untuk memberikan kelebihan dua gol kembali kepada FC Seoul.

Ikromjon Alibaev melenagkapkan kemenangan besar FC Seoul menerusi rembatan lencong pada masa kecederaan untuk mengesahkan tempat FC Seoul dalam peringkat kumpulan.

Secara keseluruhannya, FC Seoul beraksi cukup baik manakala pertahanan Kedah yang longgar jelas dihukum oleh pasukan Korea Selatan itu.

Keputusan penuh, FC Seoul 4-1 Kedah.

Kesebelasan utama

FC Seoul: Yu Sanghoon, Kim Namchun, Hwang Hyunsoo, Kim Jusung, Osmar Barba, Kim Hangil, Ko Kwangmin, Ikromjon Alibaev, Ju Sejong, Park Chuyoung, Park Dongjin

Kedah: Shahril Saari, Renan Alves, Ifran Zakaria, Rizal Ghazali, Baddrol Bakhtiar, Alif Yusof, Amin Nazari, David Rowley, Hadin Azman, Tchetche Kipre, Kpah Sherman

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN