Kelayakan ACL2020: Buriram United Rebah Di Tangan Shanghai SIPG

Kelab dari China, Shanghai SIPG tiada masalah dalam usaha mereka untuk membenam cabaran pasukan Thailand, Buriram United dalam aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Dilangsungkan dalam stadium tertutup akibat kebimbangan berkenaan wabak korona yang kini melanda dunia, Shanghai SIPG berjaya merakamkan kemenangan 3-0 dengan kesemua bekas bintang Eropah mereka menjaringkan gol.

Di separuh masa pertama, kedudukan seimbang dengan kedua-dua pasukan tidak berjaya untuk mendapatkan sebarang gol.

Namun begitu, di separuh masa kedualah pertahanan Buriram United mula dibocori apabila Li Shenglong berjaya mendapatkan gol pada minit ke-75 dengan menolak bola ke sudut jauh (far post) gawang pasukan Thailand itu.

Lebih memedihkan buat Buriram United adalah mereka terus melepaskan dua lagi gol, kesemuanya ketika waktu kecederaan bermula dengan jaringan bekas pemain Stoke City iaitu Marko Arnautovic pada minit ke-92.

Gol itu terhasil dari rantaian hantaran tiga bekas pemain kelab Eropah iaitu Hulk, Oscar dan disudahkan oleh Arnautovic.

Jaringan ketiga Shangai SIPG terhasil menerusi Hulk selepas beliau menyempurnakan sepakan penalti seminit kemudian.

Dengan kemenangan ini, Shanghai SIPG menyertai kumpulan H yang disertai oleh Sydney FC (Australia), Yokohama F. Marinos (Jepun) dan Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN