Kelayakan ACL: Perak Sudah Hantar Dokumen Ke AFC, Masih Tunggu Pengesahan Rasmi FAM

Perak

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menyatakan mereka masih menunggu kenyataan rasmi tentang status pasukan tersebut sama ada mereka akan beraksi dalam pusingan kelayakan ACL musim hadapan.

Presiden PAFA, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata pihaknya sudah menghantar dokumen-dokumen wajib yang diperlukan untuk pendaftaran ke penjabat AFC.

PAFA menjangkakan mereka akan mendapat kuota tersebut kerana sebelum ini Pahang menarik diri daripada kejohanan Asia.

FAM juga mengesahkan yang Pahang tidak melakukan sebarang rayuan untuk slot kelayakan AFC.

Dipetik daripada Mstar Online, Hasnul berkata:

“Kita telah hantar semua dokumen tersebut ke Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum tarikh akhir pada 30 Ogos lepas.”

Mehmet mengendalikan sesi latihan pasukannya di Stadium Perak, Ipoh.

“Ia (penghantaran dokumen) adalah syarat utama untuk kita layak beraksi di pusingan kelayakan itu.”

“Cuma, pada ketika ini kita hanya menunggu jawapan rasmi dari FAM.”

PAFA sudah ada perancangan untuk musim baharu dan tidak mahu menjadi pasukan pelengkap jadual dalam kelayakan tersebut, tambah beliau lagi.

Namun buat masa ini, PAFA tidak mahu membentangkan perkara itu kerana fokus utama Perak adalah saingan Piala Malaysia.

Perak kini dalam landasan terbaik untuk mara ke pusingan kalah mati Piala Malaysia 2018. Kali terakhir juara 7 kali Piala Malaysia itu mendakap piala tersebut adalah pada tahun 2000.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN