Kelayakan ACL 2019: Cuaca Sejuk Di Korea Selatan Jadi Halangan Utama Perak

Skuad The Bos Gaurus kini sudah tiba di Korea Selatan bagi menghadapi pusingan ketiga kelayakan AFC Champions League (ACL) 2019 berdepan kelab Ulsan Hyundai FC yang akan berlangsung di Stadium Ulsan Munsu pada hari selasa ini.

Pengendali skuad itu, Mehmed Durakovic mengakui anak buahnya perlu menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di negara tersebut kerana ini merupakan pengalaman pertama mereka beraksi dalam cuaca sejuk.

“Mereka (pemain) tidak pernah beraksi dalam keadaan begini, ini adalah masalah besar kerana mereka sering bermain dalam suhu 28 hingga 29 darjah celsius di sini dan ini memang bukan perkara mudah.

“Namun ini adalah bola sepak, walaupun ia adalah sukar namun kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Gelanggang rasmi Ulsan Hyundai FC. FOTO: Football Tripper

Ketika ini, suhu di Korea Selatan ialah 4 darjah celsius pada sebelah petang dan mampu mencapai suhu di bawah -1 darjah celsius pada sebelah malam. Ia merupakan cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh pemain bagi memastikan mereka beraksi dengan baik.

Hafizul Hakim teruja dengan aksi pertama di Korea Selatan

Sementara itu, penjaga gol utama skuad Perak, Hafizul Hakim mahu pamerkan aksi terbaik kerana peluang beraksi di pentas tertinggi asia ini hanya hadir sekali seumur hidup.

“Ini pengalaman baru buat kami, terutama pemain muda, kerana berdepan suasana baru seperti bermain dalam keadaan cuaca sejuk. Kami ada satu peluang sahaja, jadi kami akan beri yang terbaik.”

“Saya terbabit dalam Kejohanan AFC bersama pasukan kebangsaan tetapi seperti majoriti pemain lain, ini kali pertama untuk pasukan negeri.

“Seperti pertemuan dengan Kitchee SC baru-baru ini, perlawanan kali ini lagi sukar kerana bertemu kelab handalan Liga K.

“Kami tidak ada apa nak rugi, jadi kami akan lakukan yang terbaik,” katanya dalam Stadium Astro.

Bagaimanapun pemain berusia 25 tahun berasal dari Ipoh itu berharap penyokong terus menyokong perjuangan pasukan dan lebih utama mendoakan kejayaan Perak.

“Doakan kejayaan kami. Kami bukan sahaja bawa cabaran dan maruah negeri tetapi juga negara,” tambahnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN