Kelayakan ACL 2018: JDT Jumpa Jeonbuk Hyundai Dan Kitchee FC Jika Layak Secara Merit

Undian kejohanan kelab paling berprestij di Asia, AFC Champions League 2018 telah dilangsungkan sebentar tadi bertempat di AFC House, Bukit Jalil.

8 pasukan menanti di peringkat play-off, 12 pasukan di peringkat kelayakan 2, dan 8 pasukan di peringkat kelayakan 1.

Mana-mana pasukan yang berjaya menang dalam pusingan play-off, akan menyertai 24 pasukan lain yang sudah pun melayakkan diri ke peringkat kumpulan menjadikan 32 pasukan keseluruhan  yang bertanding dalam saingan AFC Champions League 2018.

Keputusan penuh undian AFC Champions League 2018 (Gambar : AFC)

Wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim selaku Juara Liga Super Malaysia 2017 akan bertemu Muangthong United dalam pusingan kelayakan 2 dan seterusnya pemenang akan bertemu kelab Jepun di pusingan play-off sama ada Cerezo Osaka atau Kashiwa Reysol, bergantung kepada keputusan perlawanan akhir Emperor’s Cup pada 1 Januari 2018.

Jika JDT berjaya menewaskan kelab jepun di pusingan play-off tersebut, JDT akan memasuki kumpulan E dalam saingan AFC Champions League 2018 bersama kelab dari Korea Selatan (Jeonbuk Hyundai), Kitchee FC (Hong Kong) serta satu lagi pemenang daripada perlawanan play-off.

Jika gagal mara ke peringkat kumpulan, JDT akan bertanding dalam saingan kelas kedua, AFC Cup 2018.

Dalam saingan Piala AFC 2018, JDT diundi dalam kumpulan H bersama kelab dari Singapura (Tampines Rovers), Indonesia (Persija Jakarta) dan Vietnam (Song Lam Nghe An FC).

Selangor akan menggantikan JDT sekiranya JDT layak ke peringkat kumpulan AFC Champions League 2018 secara merit. Perlawanan pertama kumpulan H akan berlangsung pada 14 Februari 2018.

Pasukan Dalam Pusingan Kelayakan 1

  1.  Bali United (Indonesia)
  2.  Shan United (Myanmar)
  3.  Juara PFL 2017 (Filipina)
  4.  Tampines Rovers (Singapura)

Pasukan Dalam Pusingan Kelayakan 2

  1. Brisbane Roar (Australia)
  2.  Chiangrai United (Thailand)
  3.  Muangthong United (Thailand)
  4.  Eastern (Hong Kong)
  5.  FLC Thanh Hoa (Vietnam)
  6.  Johor Darul Ta’zim (Malaysia)

Pasukan Dalam Pusingan Play-Off

  1.  Suwon Samsung Bluewings (Korea Selatan)
  2.  Cerezo Osaka / Kashiwa Reysol (Jepun)
  3.  Shanghai SIPG (China)
  4.  Tianjin Quanjian (China)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN