Kelayakan ACL 2017: 2 Langkah Lagi Untuk Johor Darul Ta’zim (JDT)

Hari ini akan berlangsung pusingan ke-2 kelayakan ACL 2017. JDT pastinya mahu menjadi pasukan pertama dari Malaysia untuk mara ke francais Asian Champions League (ACL). Ianya memang salah satu cita-cita besar mereka.

JDT

JDT / Kredit foto: Asiana.my

JDT adalah juara Piala AFC 2015 dan turut mara ke separuh akhir pada 2016. Mereka gagal dalam 2 cubaan pertama mereka untuk ke ACL musim lalu selepas tewas di peringkat kelayakan di bumi Thailand.

Johor Darul Ta’zim (JDT) disingkirkan oleh kelab Thailand, Bangkok Glass dan Muangthong United sebelum ini.

Pada hari ini, ianya adalah cubaan ketiga mereka untuk beraksi dalam peringkat kumpulan pertandingan paling beprestij di Asia ini.

Mereka akan ke bumi Thailand sekali lagi untuk menentang naib juara Liga Thailand musim lalu, Bangkok United. Ianya selepas pra-musim yang kurang memberangsangkan mereka di Thailand menentang Chonburi dan Air Force Central.

Namun diharap perlawanan pra-musim tidak membuatkan mereka hilang motivasi untuk berhadapan dengan kelab Thailand. Skuad JDT harus dalam mentaliti menang yang tinggi dalam perlawanan ini.

Musim ini, JDT telah melakukan rombakan yang sangat besar dalam pasukan walaupun ia melibatkan pemergian hanya 3 individu penting. Mereka adalah Mario Gomez, Juan Lucero dan bintang utama mereka musim lalu Jorge Pereyra Diaz.

Kredit foto: SafwanRozi / www.asiana.my

Mereka membawa masuk ramai pemain muda ke dalam pasukan untuk dibangunkan. Seterusnya, Benjamin Mora dinaikkan pangkat dari jurulatih pasukan kedua mereka.

JDT dalam proses membentuk pasukan dengan ramai muka baru. Pada masa yang sama mereka dalam proses mencari sistem yang terbaik untuk skuad mereka.

Namun mereka mendapat motivasi kemenangan ketika menewaskan Felda United di Larkin minggu lalu. Ia ditambah dengan 2 pemain import mereka, Brian Ferreira dan Gonzalo Cabrera sudah menemui sentuhan mereka.

Ia diharap dapat menambahkan keyakinan mereka. Cuma  JDT masih menantikan sentuhan Apache Assassin mereka Jeronimo Barrales.

Bangkok United

Salah seorang pundit di Thailand musim lalu berkata, musim 2016 adalah musim semua pasukan di Thailand tidak mahu menentang Bangkok United.

Lawan mereka kali ini adalah pasukan yang hampir menjuarai Liga Thailand musim lalu. 5 mata di belakang pendahulu namun liga Thai dihentikan awal 3 perlawanan kerana berkabung.

Bangkok United adalah pasukan yang paling sedikit kalah di Thailand musim lalu iaitu hanya sebanyak 2 kali. Namun sayangnya mereka seri 6 kali yang membuatkan mereka gagal memimpin liga.

Dalam pra-musim 2017, Bangkok United menjadi bualan seluruh Asia. Mana tidaknya, mereka menang ke atas finalis Piala Kelab Dunia FIFA 2016 iaitu Kashima Antlers (4-3) di Stadium Rajamangala.

Mereka turut memberikan saingan sengit kepada Yokohama Marinos. Menurut Presiden kelab mereka, Kajorn Chearavanont:

“Dalam pra-musim kali ini mereka berusaha untuk mendapatkan perlawanan dengan kelab-kelab Jepun.”

“Ini kerana lawan kami untuk pusingan ke-3 kelayakan ( sekiranya melepasi cabaran JDT ) adalah Gamba Osaka.”

Untuk pengetahuan semua, pusingan ke-3 kelayakan ACL 2017 adalah perlawanan play-off untuk mara ke peringkat kumpulan ACL 2017. Kini adalah fasa kelayakan ACL 2017 pusingan ke-2.

Ayuh JDT!

Kami di semuanyaBOLA dan rakyat Malaysia mendoakan kejayaan pasukan JDT dalam pusingan kelayakan kali ini.

Jadikan status bukan pilihan (under dog) sebagai satu kelebihan untuk lebih tenang  dan kurang tekanan dalam perlawanan ini. Mereka pernah melakukannya di Piala AFC 2015 ketika perlawanan akhir.

Sesiapa sahaja boleh menjadi hero dalam perlawanan ini.

Selamat berjuang kepada JDT!

Baca juga: See Kok Luen Kini Memeluk Agama Islam, Dikenali Sebagai Adam

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN