‘Kelas Pertama!’ – Kuching City Puji Kualiti Fasiliti JDT

Kuching City

Pengendali Kuching City, Irfan Bakti memuji kualiti fasiliti yang disediakan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) sewaktu mereka menumpang di selatan tanah air.

Menurut Irfan, kualiti fasiliti yang disediakan oleh JDT adalah kelas pertama dan beliau serta pasukannya jelas berpuas hati dengannya.

Bukan nak bodek

Irfan bukanlah hendak membodek Tunku Mahkota Johor (TMJ), tetapi beliau semenangnya berpuas hati dengan kualiti fasiliti yang disediakan terutamanya di Pasir Gudang.

“Bukan saya nak bodek, tapi kemudahan yang ada terutamanya padang adalah di kelas pertama. Tiada pasukan lain yang sebegini,” kata Irfan menerusi Sarawak Crocs.

“Ke mana saja padang yang kami pergi, kelas pertama. Jadi benarlah, kepuasan kami di Pasir Gudang yang paling utama adalah mengenai kemudahan terutamanya padang. Kelas pertama!

Kuching bakal kembali semula ke Sarawak untuk menamatkan kempen Piala Malaysia 2021 mereka dengan beraksi di sana.

Walaupun masa mereka di Johor sudah tamat, tetapi Irfan menganggap ianya adalah satu keseronokkan bagi skuadnya walaupun bermain jauh dari laman sendiri.

“Walaupun bermain di Johor, kami anggap ianya adalah satu keseronokkan buat kami.”

“Kami anggap Pasir Gudang ini gelanggang ‘home’ kamilah.”

Kuching akan menamatkan saingan Piala Malaysia mereka pada Rabu ini apabila mereka menentang Terengganu di Stadium Negeri.

Perlawanan akan dilangsungkan tanpa kehadiran penonton.

Mereka menamatkan saingan dekat kekecewaan apabila terkandas di peringkat kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN