Kelantan United mengumumkan bahawa mereka sah mendapatkan khidmat 3 pemain import bagi memperkuatkan pasukan mereka bagi Liga Premier musim 2020.
Setiausaha Eksekutif KUFC, Wan Mohd Zul Ikman, menyatakan bahawa kesemua Awang Import tersebut telah berjaya melepasi tapisan dan juga memikat pengurusan pasukan.
Mereka ialah Adil Kouskous dari Maghribi, Alyton Alemeo dari Brazil, dan Gassama AlFussainey dari Gambia.
Wan Zul berkata kepada media: “Hari ini mereka telah menandatangani surat tawaran daripada pihak kami dan selepas 16 Januari ini, mereka akan menandatangani kontrak penuh.”
“Kesemua pemain ini telah diuji dalam aksi perlawananan persahabatan baru-baru ini dan menarik minat barisan jurulatih selain bersesuaian dengan keperluan serta kewangan pasukan,” tambah beliau lagi.
Selain itu, Wan Zul juga tidak menolak kemungkinan pasukan Kelantan United akan beraksi dengan 3 pemain import sahaja, walaupun kuota maksimum ada 4 pemain.
Ketiga tiga pemain import KUFC itu akan diumumkan dalam majlis khas minggu hadapan.
Wan Zul juga menegaskan, Kelantan United menandatangani import yang beraksi di pertahanan dan bahagian tengah kerana mahu memberikan peluang kepada penyerang tempatan, lebih peluang untuk beraksi.
Bagi peminat yang mahu menyaksikan aksi 3 pemain import baharu itu, anda boleh menyaksikan mereka beraksi dalam perlawanan pemanas badan berhapan Terengganu.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pemain.