Kelantan United Kekalkan Gassama Alfusainey

Selepas mengharungi musim yang cemerlang bersama Kelantan United, Penyerang import dari Gambia, Gassama Alfusainey telah disahkan akan terus membawa cabaran juara Liga M3 itu yang akan beraksi di saingan Liga Premier buat kali pertama pada musim depan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Eksekutif Kelantan United, Wan Mohd Zul Ikman pada Jumaat yang memaklumkan Gassama telah selesai menandatangani kontrak baharu bersama skuad Sang Kijang Hijau itu.

Dengan memiliki penyudah yang berbisa di depan gol, statistik yang dimiliki pemain berusia 23 tahun itu bersama Kelantan United pada musim lepas ternyata amat mengkagumkan.

Sekalipun Gassama hanya menyertai pasukan pada pintu perpindahan kedua menggantikan Elano Carlos Zozimar, beliau telah menjaringkan 26 gol dan mencipta 6 bantuan gol dalam 18 perlawanan termasuk mencatat hatrik dalam penampilan pertamanya ketika berdepan Penjara FC.

Oleh yang demikian, gandingan Gassama bersama Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi yang menjaringkan 27 gol pada musim ini akan terus menjadi taruhan pasukan yang berpangkalan di Kota Bharu itu bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga-M) 2020.

Gassama mendedahkan sebelum ini beliau telah menerima dua tawaran iaitu dari kelab Malaysia dan kelab yang beraksi di Liga Kemboja. Namun beliau akhirnya memilih untuk kekal bersama skuad yang dibimbing oleh Zahasmi Ismail itu.

Antara faktor yang mendorongnya membuat keputusan itu adalah disebabkan dirinya teruja melihat sambutan penyokong selain suasana pasukan yang harmoni serta menerapkan amalan patuh syariah.

Kelantan United mengambil pendekatan yang positif dengan menggalakkan pemainnya yang beragama Islam untuk menutup aurat semasa beraksi di atas padang. Selain itu, semua pemain dan pegawai pasukan akan solat berjemaah pada setiap kali selesai menjalani latihan dan sebelum perlawanan bermula.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN