Kelantan United Hampir Pasti Dapatkan Tonggak Tengah Palestin Untuk Saingan Hadapan

Kelantan United menjadi antara pasukan yang sedikit suram sebenarnya daripada segi persiapan mereka untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2024/2025.

Walaupun begitu, laporan terbaharu menyatakan mereka hampir mengikat seorang pemain import berkualiti yang sebelum ini beraksi di saingan Piala Asia 2023 di Qatar selaku salah satu sandaran utama saingan akan datang.

Menurut Fadhirul Shuhaimi yang merupakan wartawan Astro Arena, beliau melaporkan Kelantan United kini hampir pasti untuk mengikat pemain kebangsaan Palestin iaitu Oday Kharoub bagi saingan hadapan dengan tempoh kontrak selama setahun.

“Kelantan United FC difahamkan berjaya dapatkan khidmat pemain tengah skuad Piala Asia Palestin, Oday Kharoub dengan tempoh kontrak selama semusim.

“Pemain berusia 31 tahun ini dijangka tiba di Malaysia pada awal Mac,” jelas Fadhirul menerusi laporan beliau di media sosial X mengenai pemain tersebut.

Untuk rekod, Oday merupakan salah satu pemain paling penting buat skuad kebangsaan Palestin ketika ini untuk mengetuai jentera tengah menerusi kelebihan dimilikinya.

Malah, beliau juga dibawa turun beraksi dalam kesebelasan utama untuk semua perlawanan membabitkan Palestin dalam saingan Piala Asia 2023 lalu di Qatar.

Oday juga menjadi watak penting untuk membawa skuad kebangsaannya menjadi antara pasukan yang melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik pada saingan tersebut.

Sebelum itu, pemain berusia 31 tahun ini beraksi di saingan Palestinian Premier League bersama Hilal Al-Quds serta tidak pernah bermain di luar negara.

Penyertaan Oday bersama Kelantan United boleh dianggap sesuatu yang baharu buat pemain tersebut untuk pertama kali beraksi di saingan Asia Tenggara serta Malaysia.

Kehadiran bintang dari Palestin itu jelas menjadi suatu isyarat dikeluarkan oleh Kelantan United tentang persediaan mereka untuk tampil lebih baik berbanding musim lalu.

Apatah lagi, Kelantan United juga mempunyai kelemahan cukup ketara pada saingan lalu di posisi tengah, sehingga menyaksikan ianya mudah dieksploitasi oleh pasukan lawan.

Selain Oday, dijangka beberapa lagi pemain import lain berkemungkinan bakal dibawa masuk dalam usaha mereka untuk menjadi lebih baik berbanding tahun lalu di saingan Liga M.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN